awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yadim tubuh Skuad D'uat Siber, beri penjelasan penulisan persenda Islam

Bernama
Bernama
15/07/2022
08:18 MYT
Yadim tubuh Skuad D'uat Siber, beri penjelasan penulisan persenda Islam
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Nasrudin Hassan bercakap kepada pemberita ketika sidang media pada majlis penghargaan dan ramah mesra YADIM bersama rakan media hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan menubuhkan Skuad D'uat (para pendakwah) Siber dalam masa terdekat yang akan bertanggungjawab memberi penjelasan terhadap penulisan warganet yang mempersendakan Islam di media sosial, kata Yang Dipertuanya Nasrudin Hassan.
Tanpa meletakkan had umur, beliau berkata individu yang berilmu agama dan mempunyai kemahiran serta karakter sebagai pendakwah akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai anggota skuad di bawah seliaan yayasan itu.
"Idea untuk tubuhkan Skuad D'uat Siber ini timbul apabila saya lihat ada setengah individu yang ada 'kemahiran' untuk menjawab komen netizen (warganet) di media sosial dengan cara yang betul.
"Jadi Yadim akan kumpulkan mereka dalam satu pasukan untuk mainkan peranan menjawab komen persenda Islam dengan menggunakan pendekatan betul dan berhemah untuk elak pergaduhan," katanya pada sidang media selepas Majlis Penghargaan dan Ramah Mesra Yadim Bersama Rakan Media di sini hari ini.
Ditubuhkan pada 1974, Yadim bertanggungjawab menyelaras aktiviti dakwah Islamiah menerusi pendekatan sosial serta melahirkan pendakwah Islam yang berpengetahuan dan berkemahiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#YADIM
#Skuad D'uat
#para pendakwah
#Siber
#Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
#penulisan
#persenda
#Nasrudin Hassan
#Islam
#media sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan