awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yahaya dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur

Bernama
Bernama
24/03/2023
10:21 MYT
Yahaya dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur
Yahaya dilantik pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur bagi menggantikan Azmi yang kini menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Azmi Abu Kassim yang kini menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Majlis serah terima tugas jawatan berkenaan disaksikan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Sahabudin Abd Manan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sementara itu, Azmi dalam ucapannya pada majlis itu berkata prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh pegawainya merupakan antara perkara yang membanggakan beliau sepanjang hampir dua tahun menjawat Ketua Polis Kuala Lumpur.
"Pegawai-pegawai kita catat prestasi yang tinggi...kadar pertuduhan paling tinggi bukan sahaja untuk jenayah tetapi jenayah komersial, narkotik serta kes-kes sekatan jalan raya.
"Bilangan pegawai kita yang culas sudah berkurangan. Saya harap ini akan berterusan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#PDRM
#komersial
#Sekatan Jalan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan