PETALING JAYA: Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) menafikan dakwaan pihaknya mengabai kebajikan bekas perenang para negara, Koh Lee Peng sehingga beliau terpaksa terpaksa menjual barangan kecil dan tisu, di kawasan Bukit Bintang demi kelangsungan hidup.
Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata yayasan itu telah menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan Para ASEAN (APG) pada tahun 2018, namun sesetengah pertolongan ditolak oleh bekas atlet berusia 50 tahun itu.
"Kita tidak mengabaikan bukan sahaja Lee Peng malah atlet-atlet lain yang di bawah Yakeb, malah kita bantu mereka sebanyak mana yang boleh dibantu. Buktinya hari ini kita berusaha membawa Lee Peng membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan akan terus membantu beliau pada masa akan datang.
"....sebelum ini juga kita pernah bawa Lee Peng jumpa Exco Sukan Pulau Pinang untuk dapat bantuan kios pada 2018 namun ditolak, malah tawaran untuk menjadi jurulatih Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang juga ditolaknya.
Selepas berhijrah ke Kuala Lumpur pada 2020 dan mula berniaga di Pavilion, beliau juga telah menolak tawaran menjadi jurulatih selain bantuan kios juga ditolak sekali lagi," katanya selepas membawa Lee Peng mendapat pemeriksaan kesihatan di bawah skim bantuan khas Yakeb di Hospital Thomson Kota Damansara, di sini hari ini.
Beliau berkata antara bantuan yang diterima dan dipersetujui Lee Peng ialah membaik pulih kerusi roda bermotor sebanyak RM500 (2019), sumbangan kewangan sebanyak RM500 sempena sambutan Tahun Baharu Cina (2022) dan sumbangan peralatan mesin jahit untuk perniagaan sebanyak RM3,000 (2022).
Sementara itu, Lee Peng berkata tawaran jurulatih itu ditolak apabila beliau enggan mengambil risiko melatih atlet para sedangkan beliau sendiri ketika ini tidak mempunyai daya kekuatan yang sama sewaktu bergelar atlet para negara.
"Saya ada sebab (tidak mahu jadi jurulatih). Kalau tiba-tiba dia (atlet) tenggelam macam mana. Itu yang saya fikir kerana kekuatan saya lain tak macam dulu (masa jadi atlet). Menjadi jurulatih merupakan satu tanggungjawab besar, bukan senang," katanya.
Beliau turut memaklumkan lebih selesa dengan cara tersendiri bagi mencari punca pendapatan dengan bergerak menggunakan kerusi roda menjual barangan kecil dan kantung tisu di ibu negara.
Sebelum ini, tular di media sosial dan dilaporkan dalam media bahawa Lee Peng terpaksa menjual barangan kecil dan kantung tisu di kawasan Bukit Bintang demi kelangsungan hidupnya dan kononnya tiada pihak yang membantunya selama ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Yakeb telah menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak di Sukan Para ASEAN (APG) itu pada tahun 2018. - Gambar fail
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Keprihatinan Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara hingga hujung nyawa
Keprihatinan dan cinta legenda bola sepak negara Allahyarham Khalid Ali terhadap pasukan negara dibuktikan apabila masih membicarakan tentang perkara itu pada hujung hayatnya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pejabat Baharu: Yakeb sokong keputusan KBS
Yakeb berpendirian kebajikan bekas atlet perlu diberi keutamaan sementara mendapatkan penaja untuk membina pejabat baharu.
FAM, Yakeb jalin kerjasama bantu bekas pemain kebangsaan
FAM dan Yakeb menjalin kerjasama untuk memastikan kebajikan bekas pemain bola sepak negara diambil perhatian sepenuhnya.
Doa buat Khalid Ali
Khalid mahu meneruskan kehidupannya dengan cara baharu yang lebih bermakna setelah disahkan menghidap kanser paru-paru pada awal Ramadan.
Hannah, Yakeb beri penghormatan terakhir kepada Sabapathy
Sabapathy sebelum ini terlantar sakit di rumahnya di Seremban, selepas menghidap pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang.
Dua bekas atlet negara positif COVID-19 sembuh - Yakeb
Dua bekas atlet kebangsaan yang sebelum ini didapati positif COVID-19 sudah pulih daripada jangkitan virus tersebut dan telah dibenarkan keluar dari hospital.
Yakeb cadang jual jongkong emas bantu bekas atlet
Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan perlu mencari idea baharu untuk menjana pendapatan kerana tidak boleh sentiasa bergantung kepada bantuan kerajaan.