awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi

Bernama
Bernama
14/02/2018
08:47 MYT
Yakin raih tambahan sokongan pengundi Cina - Dr Hilmi
DR HILMI: Yakin pada sambutan menggalakkan masyarakat Cina.
UMNO dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yakin akan meraih tambahan undi daripada pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihaknya yakin akan mendapat sokongan daripada pengundi kaum itu berikutan sambutan menggalakkan yang diberi masyarakat Cina kepada parti itu.
"Mereka sudah beri peluang kepada pimpinan kerajaan negeri pimpinan DAP selama dua penggal, namun tiada apa pun. Saya tidak nampak apa yang kerajaan negeri buat untuk rakyat melainkan buat rumah kos tinggi di Pulau Pinang untuk rakyat luar Pulau Pinang dan rakyat asing.
"Buat rumah RM1 juta dan RM2 juta dalam kampung, rakyat memang tidak mampu nak beli. Jadi saya tidak melihat sebarang hasil positif yang dilakukan kerajaan negeri khususnya di Balik Pulau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ang pau kepada 40 golongan miskin di Sungai Ara di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri juga dilihat tidak mengawal aktiviti penebangan pokok dan penarahan bukit sehingga menyebabkan terjadinya tanah runtuh.
"Banjir juga makin teruk, di sini saya menerima banyak aduan tanah runtuh dan sebagainya termasuk di Balik Pulau. Kebiasaannya apabila hujan lebat turun, air yang turun (dari bukit) merupakan air jernih, tetapi sekarang air tanah merah. Kawasan sungai di Balik Pulau dulu tak tercemar, kini tercemar.
"Tidak pernah dalam sejarah Pulau Pinang mengalami banjir tanah merah hingga dalam bandar, hingga ke hospital. Rakyat sekarang sudah marah, sudah mula sedar jadi mereka hendak tukar semula kerajaan," katanya.
Dalam perkembangan lain Dr Hilmi yang juga timbalan menteri kesihatan berkata kes demam denggi di seluruh negara kini mencatat penurunan berbanding tahun lepas.
"Pada tahun lepas, kes denggi mampu mencecah hingga 2,000 atau 3,000 sebulan. Pada tahun ini, kita lihat dalam tempoh sebulan hanya 1,000 kes di seluruh negara. Pada awal 2017, kes demam denggi sangat tinggi, namun semakin berkurangan menjelang hujung tahun lalu," katanya.
Beliau berkata Selangor yang mempunyai rekod tertinggi dalam kes denggi turut mencatatkan penurunan.
"Saya rasa penurunan ini adalah hasil daripada kesedaran rakyat yang kini lebih menjaga kesihatan dan kebersihan. Pihak kesihatan turut memainkan peranan dalam situasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli Parlimen
#Balik Pulau
#Hilmi Yahaya
#MalaysiaMemilih
#pengundi Cina
#pilihan raya
#politik
#PRU14
#sokongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan