Pemilik lori muatan susu yang terbalik di Tawang, di sini, beberapa hari lalu menganggap isu orang ramai mengambil susu tanpa kebenaran selesai.
Azizan Zainuddin, 57, berkata dia menghalalkan baki susu yang belum dipulangkan orang ramai walaupun dia baharu menerima satu pertiga dari jumlah keseluruhan.
Katanya, dia bersedia menanggung kerugian dari kejadian itu.
"Sebahagian susu yang dihantar semula oleh orang ramai ke lokasi lori terbalik masih berada di balai polis.
"Ramai yang menghubungi saya, saya beritahu mereka yang ambil sikit-sikit dan yang tin kemek tu saya halalkan," katanya.
Menurutnya lagi, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian itu yang tidak disedarinya.
"Saya pun dah penat nak jawab panggilan dan pertanyaan orang ramai, anggaplah perkara ini dah selesai," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 4 petang Rabu lepas, lori dipandu anak Azizan, Mohd Baihaki, 25, yang membawa muatan 1,200 kotak susu terbalik dan susu 'lesap' diambil orang ramai.
Azizan berkata, susu dari Lembah Klang itu untuk dihantar ke stor di Pengkalan Chepa.
Berikutan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Sinar Harian
Sun Aug 04 2019
Susu lori terbalik Rabu lepas lesap selepas orang ramai mengambilnya tanpa kebenaran. -Foto Sinar Harian
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) pertama negara ini bakal dirasmikan 10 Mei ini.
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
'Yang ambil sikit-sikit, tin kemek tu saya halalkan' - Pemilik lori susu terbalik
Azizan menghalalkan baki susu yang belum dipulangkan orang ramai walaupun dia baharu menerima satu pertiga dari jumlah keseluruhan.