Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa kagum atas pendekatan segera yang diambil kerajaan dalam mengelakkan penularan wabak 2019 Novel Koronavirus di negara ini.
Titah baginda kerajaan bagaimanapun perlu mengambil langkah pencegahan yang berterusan dan tidak sesekali berkompromi dalam isu yang melibatkan kesejahteraan rakyat dan negara.
Dalam membendung penularan virus itu, Seri Paduka Baginda juga mengingatkan rakyat agar berganding bahu dengan kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah pencegahan.
"Dalam hal ini, beta meminta seluruh rakyat untuk mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan juga sama-sama menjaga kebersihan alam sekitar.
"Rakyat juga adalah diminta untuk tidak menimbulkan suasana cemas menerusi penularan berita yang tidak benar," titah baginda pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2020 di Istana Melawati di sini, hari ini.
Hadir sama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.
[LAPOR LANGSUNG] Koronavirus ragut lebih 250 nyawa
Al-Sultan Abdullah juga bertitah mengajak rakyat bersama menyokong usaha-usaha yang telah dan bakal diambil kerajaan dalam menangani wabak itu.
Baginda turut menzahirkan keyakinan semua isu berkaitan kesejahteraan rakyat dan negara dapat ditangani jika rakyat dan kerajaan bekerjasama.
"Ibarat pepatah Melayu lama 'berat sama dipukul, ringan sama dijinjing', beta yakin semua isu berhubung kesejahteraan rakyat dan negara akan dapat ditangani menerusi gandingan kerjasama antara kerajaan dengan rakyat," titah Seri Paduka.
Media melaporkan setakat semalam, wabak Koronavirus telah mengorbankan 213 orang di China dengan lebih 9,720 kes jangkitan dicatatkan.
Sebanyak 106 kes disahkan di 19 negara di luar China termasuk Malaysia yang mencatat lapan kes, kesemuanya melibatkan warga China.
Seramai 188 individu dikurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 01 2020
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyampaikan titah baginda selepas selesai Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena Hari Wilayah Persekutuan di Istana Melawati hari ini. - Foto BERNAMA
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
'Titah adendum itu benar, abang saya takkan fitnah Sultan sendiri' - Nooryana
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan bahawa salinan titah adendum tersebut digunakan di mahkamah.
Vape perlu diharamkan secara total, titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah menzahirkan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah di negeri ini dan berharap semua pihak khususnya ibu bapa mengawasi anak mereka.
Sultan Pahang titah isu peniaga Cameron Highlands diselesaikan dengan baik
Sultan Pahang menasihatkan agar tiada pihak ketiga mengeruhkan keadaan untuk memastikan penyelesaian yang baik.
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.
Kekalkan keindahan, kecantikan Bukit Fraser - Sultan Pahang
Baginda bertitah aspek kebersihan juga perlu diberi tumpuan, bagi memberikan keselesaan kepada pengunjung selain seni bina bangunan sedia ada perlu dijaga dan dipelihara sentiasa.
Muhyiddin akan didakwa mengikut Akta Hasutan di mahkamah esok
Ucapan Muhyiddin tempoh hari seolah-olah mempersoalkan keputusan Yang di-Pertuan Agong ke-16 melantik Anwar sebagai Perdana Menteri selepas PRU15.
Sultan Pahang sebak puterinya bakal melangsungkan perkahwinan
Al-Sultan Abdullah menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah bawa lembaran baharu Pulau Keladi
Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah akan menjadi destinasi tumpuan peminat kraf serta mengangkat dan memelihara warisan tenun negeri Pahang.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan cemar duli ke Pesta Kuantan 188
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mencemar duli ke Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Kuantan 18, malam tadi.