PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa dukacita berhubung insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada Isnin.
Perkara itu dizahirkan baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook Istana Negara hari ini.
Baginda dalam masa sama mendoakan kesemua mangsa terlibat dalam nahas tersebut agar dikurniakan kesembuhan yang segera.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa syukur ke hadrat ilah kerana kesemua penumpang dalam kemalangan tersebut telah dapat dikeluarkan dari tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi penghargaan kepada para petugas keselamatan dan kecemasan atas kepantasan serta kesungguhan mereka dalam usaha menyelamat dan merawat mangsa-mangsa kemalangan terbabit,” menurut kenyataan tersebut.
Menerusi kenyataan yang dikongsi Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda turut mengharapkan agar kesemua mangsa terlibat diberikan keutamaan khususnya dari segi rawatan dan kebajikan.
Dalam masa sama, Al-Sultan Abdullah berharap insiden berkenaan akan menjadi iktibar kepada semua pihak agar ia tidak lagi berulang di masa hadapan.
Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam Isnin, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya.
Kejadian berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru, melibatkan satu tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.
Hilmi Malik
Tue May 25 2021
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berharap insiden berkenaan akan menjadi iktibar kepada semua pihak agar ia tidak lagi berulang di masa hadapan.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya di antara Stesen Wangsa Maju dan Stesen Gombak, kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 3.30 petang hari ini.
Final Piala FA: Operasi stesen LRT dilanjutkan - Rapid Rail
Lanjutan waktu operasi itu susulan Perlawanan Akhir Piala FA yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
LRT Ampang-Sri Petaling tergendala akibat kebakaran di landasan
Kejadian pada jam 9.58 pagi itu telah menyebabkan perkhidmatan LRT mengalami kelewatan.
Himpunan pembebasan Palestin: Orang ramai digalakkan guna LRT
Rapid KL turut menyarankan penggunaan kad Touch 'n Go untuk perjalanan yang lebih lancar.
Konsert penyanyi legenda India, operasi LRT dilanjut ke 1 pagi
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1 pagi berikutan konsert mega, penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman akan berlangsung esok.
Kerajaan Pulau Pinang pilih jajaran LRT terbaik
Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri telah menghantar surat kepada Kementerian Pengangkutan dua minggu lalu untuk mengesahkan persetujuan terhadap jajaran yang dicadangkan.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
Rapid Rail sasar 200,000 penumpang laluan Ampang/Sri Petaling menjelang akhir 2024
Rapid Rail menyasarkan 200,000 purata pengguna harian Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Ampang/Sri Petaling menjelang penghujung 2024.
Gangguan operasi LRT, Prasarana akan tuntut pampasan RM38 juta
Amaun tuntutan itu, melibatkan kos baik pulih kerosakan struktur di beberapa jejambat LRT dan kos operasi pelan kontingensi melibatkan penyediaan bas perantara.
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024.