awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengangkutan awam percuma kepada OKU

Bernama
Bernama
21/12/2023
04:25 MYT
Pengangkutan awam percuma kepada OKU
Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu akan mula dilaksanakan pada 1 Februari 2024.
KAJANG: Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata inisiatif itu melibatkan semua perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas Prasarana di sekitar Lembah Klang.
Prasarana, katanya diberi tempoh sebulan untuk melakukan persiapan dan menyelaraskan sistem tiket termasuk pemberian kad konsesi khas kepada pengguna OKU.
"Pengguna hanya perlu mengemukakan kad OKU yang dikeluarkan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan memohon kad berkenaan.
"Prasarana bersetuju untuk memberikan tambang percuma kepada OKU, walaupun memberi impak kewangan kepada Prasarana. Kemudahan ini sebahagian daripada CSR (tanggungjawab sosial korporat) mereka," katanya pada sidang media di Stesen MRT Stadium Kajang di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#pengangkutan awam percuma
#OKU
#Anthony Loke
#LRT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan