awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penduduk bukan warganegara di Malaysia dianggarkan 3.38 juta pada 2025 - DOSM
Transaksi pegawai kanan ATM: Saksi berkemungkinan dipanggil esok - Azam Baki
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yang di-Pertuan Agong selamat berangkat pulang ke Malaysia

Bernama
Bernama
24/12/2025
06:00 MYT
Yang di-Pertuan Agong selamat berangkat pulang ke Malaysia
Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat berangkat pulang ke tanah air hari ini selepas mengadakan lawatan khas dua hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ringkasan AI
  • Sultan Ibrahim selamat tiba di Malaysia selepas lawatan khas dua hari ke UAE.
  • Lawatan tersebut adalah atas undangan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
  • Perbincangan antara Sultan Ibrahim dan Sheikh Mohamed meneroka kerjasama dalam bidang pertahanan, pelaburan, dan keterjaminan makanan.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 9.20 pagi disambut oleh Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Tan Sri Dr Azmi Rohani dan Pengelola Bijaya Diraja Johor Kolonel (B) Datuk Mohamed Perang Musa.
Lawatan khas Sultan Ibrahim ke UAE adalah atas undangan Presiden UAE Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan.
Perbincangan Seri Paduka Baginda bersama Sheikh Mohamed telah meneroka pelbagai peluang kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan, pelaburan serta keterjaminan makanan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#berangkat pulang
#UAE
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan