PERJALANAN hidup Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh dikira agak berliku-liku dan penuh berwarna sekali. Bersilih ganti dari atas, ke bawah dan ke atas lagi bagaikan roda. Dari seorang pelajar cemerlang yang mencatatkan rekod sebagai pelajar terbaik di bidang kedoktoran di Royal College of Surgeons, Ireland, pulang ke tanah air, berkahwin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh pemimpin politik yang umum sudah sedia kenali, menjadi seorang ibu dan kemudian dalam keterpaksaan menjadi pemimpin politik, ketua parti dan gagasan pembangkang dan sekarang menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Sinar Harian berkesempatan menemu ramah Dr Wan Azizah untuk berkongsi pengalaman hidupnya sebagai seorang isteri, ibu dan pemimpin politik. Mengimbasi kembali asam garam, pahit maung dan kisah suka dukanya sepanjang perjalanan hidupnya sehingga saat ini
Ikuti wawancara eksklusif bersama Penulis Kanan Sinar Harian, WAN HARON WAN HASSAN dan wartawan MOHD HAFIZ ISMAIL serta jurufoto ROSLI TALIB di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini.
Jika diimbas kembali perjalananan hidup tersebut, boleh Datuk Seri berkongsi dengan kami apakah pengalaman yang yang paling pahit dan getir yang telah dialami Datuk Seri?
Ada dua pengalaman yang saya kira paling getir dalam hidup saya sehingga ini.
Pertama apabila saya diberitahu suami saya telah meninggal dalam tahanan. Ini berlaku selepas Anwar ditangkap kali pertama pada tahun 1998.
Semasa Anwar ditangkap pada malam bersejarah itu, kedua-dua anak kami baru saja pulang dari tuisyen. Mereka secara spontan menerkam kepada bapa mereka untuk menahan polis dari menangkap bapa mereka. Saya terpaksa meleraikan mereka dan dengan hiba memberitahu mereka agar reda dan teruskan kehidupan dengan penuh sabar. Berdoa dan menyerah kepada Illahi. Nurul Nuha, salah satu dari anak kami telah lebam kebiruan kerana dikasari polis.
Kemudian pada keesokan hari, saya telah diberitahu oleh seorang kawan Anwar, bahawa suami saya telah meninggal dunia akibat dipukul dengan dahsyatnya oleh polis. Katanya ada seorang individu yang masuk ke bilik tahanan untuk menukar mentol lampu telah melihat Anwar terbaring dan tubuhnya diselimut penuh.
Saya merasa amat terkejut menerima berita tersebut tetapi tak mahu mempercayainya selagi saya tak tengok dengan mata saya sendiri. Akhirnya kita tahu cerita sebenarnya apa yang berlaku ke atas Anwar semasa beliau ditahan termasuk kisah mata lebamnya akibat dipukul Rahim Noor, Ketua Polis Negara ketika itu.
Kisah kedua yang amat pahit saya lalui ialah apabila apa yang Anwar dijatuhkan hukuman penjara buat kali kedua iaitu pada 2 Februari 2014. Saya dan keluarga tidak percaya dengan pertuduhan dibuat ke atas Anwar dan yakin ia satu konspirasi tersusun untuk menjatuhkan Anwar. Pun begitu saya masih berharapan pihak mahkamah akan membuat keputusan yang adil selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar dalam kes pertama. Maka keputusan mahkamah untuk mensabit salahkan Anwar dalam kes kedua bukan saja memeranjatkan saya tetapi juga adalah amat pahit dan sukar untuk saya terima.
Mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie sebelum itu telah memberitahu Anwar agar tidak kembali ke Malaysia kerana mungkin berdepan dengan hukuman. Anwar menjawab dia akan kembali ke Malaysia untuk menghadapi cabaran kerana yakin bahawa beliau tidak bersalah. Dan dia adalah seorang pejuang yang tidak akan lari dari cabaran.
Dan saat-saat manis pula?
Ada satu gambar apabila Nurul Izzah bergraduasi di mana semua orang sedang sibuk dengan pembebasan Anwar dari penjara pada 2004 dan dia pulang dengan jubah (konvokesyen). Sebagai seorang anak banduan ketika itu saya dan dalam Parlimen juga diejek dengan gelaran isteri seorang banduan dalam penjara di Dewan Rakyat, Alhamdulillah, anak saya berjaya dengan segala cabaran dilalui dia lulus.
Begitu juga dengan anak-anak lain dan bagi saya pendidikan itu penting. Apabila semua lepas (bergraduasi) itu yang manis. Begitu juga apabila Anwar kembali ke pangkuan keluarga kita berpuasa bersama, makan bersama, itu adalah saat yang menggembirakan. Ada satu rasa syukur apabila individu yang disayangi tiada di sisi untuk tempoh yang lama dan selepas itu dia kembali, rasanya cukup lain.
Saya juga suka mandikan cucu saya ketika mereka kecil (bayi). Sekarang ini tidak ada masa tersebut kerana cucu telah besar. Cucu pertama dan kedua saya akan mandikan. Lain-lain yang manis adalah dalam perjuangan adalah satu kemanisan. Sebenarnya dalam perjuangan ini tetap diteruskan dan bukan dah menang, dapat pangkat kita terlupa bahawa kita dahulu susah.
Di atas nama perjuangan Datuk Seri mampu bertahan dan terus menghadapi cabaran dengan penuh kental?
Saya kira hidup hidup saya tidaklah berliku sangat. Saya kira ada ramai lagi yang terpaksa menghadapi cabaran yang lebih hebat dari saya dan suami dengan berkesudahan tidak mendapat apa-apa pulangan pun.
Sesetengah orang tidak ada apa-apa ketika berjuang. Ada yang ditangkap, ada yang sesak nafas. Sebab itu saya berpesan jangan menyimpang daripada apa-apa yang kita nak dan akhirnya kita perlu reda.
Bila Tun Dr Mahathir meminta maaf atas kesilapan serta ketelanjuran yang lepas, apakah mudah bagi Datuk Seri, Datuk Seri Anwar dan keluarga memaafkan beliau?
Terus terang saya katakan bahawa pada mula-mulanya, rasa sikit sukar. Kami adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan. Namun kita tidak boleh lari daripada ajaran agama kita sebagai pedoman dan pegangan hidup. Saya sering merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasul bila menghadapi cabaran ataupun membuat keputusan besar. Saya peka dengan firman-firman-Nya serta ajaran Rasul untuk kita berlapang hati dengan kesediaan untuk memaafkan orang lain yang telah menyalahi atau menganiaya kita. Di atas dasar itu kami sedia memaafkan Tun dan menerima beliau untuk bersama-sama kami dalam gagasan pembangkang. Malah kami juga bersetuju untuk mengangkat Tun sebagai pemimpin utama gagasan pembangkang.
Bagi saya, yang lepas itu lepaslah. Kita terus mengorak langkah dan maju ke depan. Apa pun apa yang kita buat ini adalah untuk kebaikan negara di penghujung akhir hayat kita.
Berbalik kepada keputusan PRU14, adakah Datuk Seri terkejut dengan keputusan yang dikira di luar jangkaan?
Kita jangkakan kita dapat separuh daripada jumlah kerusi Parlimen. Dengan kemungkinan berlakunya satu ‘hang parliament’. Kita kerja kuat kerana kita adalah ‘underdog” dan berdepan dengan satu kerajaan yang kuat. Yang telah memerintah negara selama 60 tahun. Mereka mempunyai dana kewangan yang besar, logistik yang hebat, jentera dan sokongan yang padu daripada jabatan dan agensi kerajaan. Kita hanya bersandarkan kepada sokongan dari rakyat sahaja. Membawa visi dan wadah perjuangan yang saya yakini lebih baik dan meyakinkan daripada mereka. Akhirnya PH berjaya meyakinkan rakyat jelata bahawa mereka lebih berkemampuan untuk membawa negara ke arah yang lebih maju dan lebih selamat. Mungkin juga Umno dan BN ‘complacent’ dan merasakan wang yang mereka tabur dan institusi yang mereka pegang boleh membuatkan mereka kekal berkuasa. Hakikatnya sejauh mana pun pintar dan lincahnya manusia dengan perancangan masing-masing , akhirnya ALLAH jua yang menentukan keputusan dan penyudahnya.
Setelah PH menang PRU14, Tun M dikira akan diisytihar sebagai perdana menteri selaras dengan persetujuan bersama komponen parti-parti PH. Namun jalan ceritanya tidak selicin dan selancar yang diharapkan. Katanya di saat-saat akhir ada lagi usaha-usaha untuk menafikan Tun Dr Mahathir dari dilantik sebagai perdana menteri termasuklah usaha untuk menawar jawatan itu kepada Datuk Seri. Boleh Datuk Seri memberi sedikit pencerahan?
Pada malam pengumuman keputusan PRU14, kita tidak ada keputusan rasmi sehingga jam 4.30 pagi tetapi saya dipanggil ke istana untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk berbincang tentang jawatan perdana menteri.
Saya mengadap Tuanku selaku Presiden PKR yang mana semua parti dalam PH menggunakan lambang PKR dalam PRU14. Saya mengambil pendirian bahawa kita pegang kepada perjanjian bahawa Tun Dr Mahathir adalah pilihan sebagai perdana menteri. Dengan itu maka Tun Dr Mahathir telah diangkat dan diisytihar sebagai PM yang ketujuh.
Selepas Tun Dr Mahathir diisytihar sebagai perdana menteri, beliau telah melantik Datuk Seri sebagai timbalannya. Setakat ini bagaimanakah cabaran dan hubungan kerja Datuk Seri dengan Tun Dr Mahathir serta barisan Kabinet lain?
Alhamdulillah saya rasa selesa dengan Tun Dr Mahathir. Kami sama sama doktor, jadi mudah untuk kami saling memahami antara satu sama lain. Jika ada penyakit, kita ubat, jika ada masalah kita cari punca masalahnya.
Dalam Manifesto PH ada menyebut tentang Dr Mahathir akan menyerahkan jawatan beliau selepas dua tahun dari tarikh PRU14, malah perjanjian ini menjadi asas dan faktor utama untuk mengundi dan memilih PH. Apakah Datuk Seri rasa peralihan ini akan berjalan dengan licin dan teratur?
Insya-ALLAH saya rasa tidak akan ada masalah kerana sekarang kita biarkan Tun Dr Mahathir kendalikan negara dan suami saya sendiri kata bahawa dia tidak akan ganggu perjalanan pentadbiran negara kecuali kalau ada perkara betul-betul penting baharu dia akan beri pandangan. Dia sekarang pun baharu sahaja menjalani pembedahan dan dalam proses penyembuhan, jadi cantiklah dan tidak ada ada apa-apa yang bercanggah.
Bagaimana dengan kesihatan Datuk Seri Anwar?
Alhamdulillah, beliau telah menjalani pembedahan dan kini menjalani fisioterapi.
Saya difahamkan ketika mendapatkan rawatan di Turki, doktor di sana menasihati Anwar agar banyak berehat tetapi difahamkan ramai yang datang melawat beliau, betulkah?
Kalau ramai yang datang dan doakan kesihatan beliau bagus juga.
Merujuk kepada Pemilihan PKR yang akan berlangsung bulan September ini, ada yang mengatakan wujud dua kem dalam parti dengan kem satu diketuai Rafizi Ramli dan satu kem lagi diterajui Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Adakah benar wujud keadaan ini?
Ini demokrasi biasa, demokrasi sihat. Kita katakan pemilihan parti ini sama seperti pilihan raya di mana pengundi atau ahli boleh dan berhak untuk membuat pilihan. Jadi kita memang tidak masalah kerana demokrasi dalam PKR ini segar. Saya tidak ada kem (memihak kepada mana-mana) kerana kedua-duanya adalah kem saya.
Apakah kita boleh membuat andaian bahawa Datuk Seri sebagai presiden akan mengambil pendekatan neutral dan melihat kedua-dua calon ini sebagai anak buah?
Ya, betul.
Ada yang kata perlawanan ini akan membawa kepada perpecahan tetapi Datuk Seri kata ini adalah perlawanan biasa. Maksudnya jika ia ditangani dengan penuh kebijaksanaan dan kematangan oleh pihak-pihak yang terlibat, khususnya calon-calon yang bertanding, maka ia mampu mengangkat PKR sebagai sebuah parti politik yang lebih mantap dan kukuh lagi?
Ya, saya bersetuju kerana kita ada tokoh-tokoh muda yang melalui liku perjuangan dalam reformasi, jadi kita kena angkat semua untuk negara kita. Ini tidak boleh dijadikan agenda individu kerana nakkan jawatan dan sebagainya. Niat kita kena betul.
Sinar Harian
Sat Aug 11 2018
Dr Wan Azizah mengimbasi kembali asam garam, pahit maung dan kisah suka dukanya sepanjang perjalanan hidupnya sehingga saat ini. - Foto Sinar Harian
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
Pelbagai usaha dilaksana Kerajaan Madani jaga kebajikan rakyat
Pelbagai anjakan dan reformasi yang mengutamakan kebajikan rakyat diusahakan dalam pentadbiran Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepanjang tahun ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.