Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Zohdi berkata, golongan yang seringkali mendakwa UMNO dan orang Melayu bersikap rasis setiap kali memperbincang dan memperkatakan tentang hak-hak keistimewaan orang Melayu, adalah pihak berfikiran sempit serta mempunyai agenda tersembunyi bagi mengekang kemajuan dan pembangunan bagi orang Melayu dan negara ini.
Justeru itu beliau mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya bangsa Melayu agar tidak terperangkap dalam mainan politik pihak pembangkang sehingga takut untuk mempertahankan hak dan keistimewaan orang-orang Melayu di negara ini kerana bimbang dikatakan sebagai rasis.
"Dalam isu rasis ini, kita rakyat di negara ini khususnya orang Melayu perlu sedar, bahawa golongan yang mempertikaikan hak keistimewaan orang-orang Melayu itulah yang sebenarnya bersikap rasis, bukan yang mempertahankannya.
"UMNO sebagai sebuah parti terbesar orang Melayu, sudah pasti mempertahankan perkara itu daripada serangan-serangan politik dari pihak pembangkang, khususnya tentang soal hak keistimewaan orang Melayu. Perkara ini sudah termaktub di dalam perlembagaan dan dipersetujui oleh semua kaum di negara ini sewaktu negara mencapai kemerdekaan dulu.
"Jadi tidak timbul soal UMNO dan orang Melayu rasis bila bercakap tentang hak istimewa orang Melayu di mana hakikatnya orang Melayu sebenarnya terpaksa bersuara kerana diserang bertalu-talu oleh pihak pembangkang berhubung perkara ini. Jadi bagi saya, yang menyerang itulah yang rasis dan bukannya UMNO yang mempertahankan perkara itu," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.
Beliau turut berpendapat, bahawa pihak yang menjadikan sentimen perkauman dan agama sebagai modal politik mereka adalah golongan yang sempit pemikiran dan ketinggalan zaman.
"Kita lihat hari ini bagaimana pihak pembangkang cuba memainkan sentimen kaum dan agama sebagai senjata politik mereka untuk mempengaruhi pemikiran rakyat. Mereka mewujudkan persepsi di mata rakyat bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis, begitu juga dengan bangsa Melayu.
"Jika benar UMNO dan orang Melayu rasis, maka tidak akan ada kaum lain yang akan dapat hidup senang di negara ini. Malah, ketika kemerdekaan kita memberikan sejuta kerakyatan kepada kaum bukan Melayu. Jika dilihat sejarah di beberapa buah negara-negara lain ketika mencapai kemerdekaan, ada negara yang menghalau kaum-kaum lain pulang ke negara masing-masing.
Tambah beliau, golongan yang suka memainkan isu perkauman dan agama ini adalah golongan yang sempit pemikiran mereka. Mereka tidak dapat berfikir bahawa dua isu inilah yang akan memporak perandakan keamanan dan kemakmuran di negara ini.
"Dua sentimen inilah yang akan menjahanamkan keamanan dan kemakmuran negara kita. Tidakkah mereka melihat apa yang berlaku di luar negara, di mana isu agama dan kaum telah mencetuskan peperangan sehingga memusnahkan negara. Sebab itulah saya katakan mereka berfikiran sempit kerana tidak ada modal politik yang lain, selain isu kaum dan agama.
"Justeru itu, kita sebagai rakyat yang bijak, janganlah terperangkap dengan mainan politik pihak yang tertentu yang menjadikan isu perkauman dan agama sebagai bahan provokasi semata-mata agenda politik mereka untuk menguasai pemerintahan negara," akhiri beliau.
UMNO Online
Tue Dec 23 2014
BUDIMAN: Yang menyerang itulah rasis, bukan yang pertahankannya.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
'Apa rasional usul desak Anwar diberi rawatan segera?' - Budiman
Usul DUN Selangor yang mendesak Kerajaan Persekutuan memberi rawatan perubatan dengan segera kepada Anwar Ibrahim dilihat tidak penting kepada rakyat negeri itu sendiri.
'Azmin lari jawab lapan isu pokok DEIG' - Budiman
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali sehingga kini cuba mengelak daripada menjawab lapan persoalan utama penubuhan entiti baru Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
Yang menyerang itulah rasis, bukan yang pertahankannya - Budiman
Budiman Zohdi berkata, golongan yang seringkali mendakwa UMNO dan orang Melayu bersikap rasis adalah pihak yang berfikiran sempit dan mempounyai agenda tersendiri.