awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
Penembak bekas PM Jepun Shinzo Abe fail rayuan terhadap hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yapeim boleh ambil tindakan terhadap dakwaan tidak berasas - Najib

Bernama
Bernama
16/11/2015
06:08 MYT
Yapeim boleh ambil tindakan terhadap dakwaan tidak berasas - Najib
NAJIB: Jika Jamil Khir yakin tidak bersalah, beliau boleh ambil apa-apa tindakan sama ada 'criminal defamation' ataupun civil defamation. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) boleh mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa yang membuat dakwaan tidak berasas mengenai yayasan berkenaan, termasuk kesalahan jenayah fitnah.
Najib berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar di sini mengenai dakwaan wang Yapeim yang sepatutnya digunakan untuk amal jariah disalahgunakan untuk membiayai perjalanan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan rombongannya ke luar negara.
Mengenai tindakan Jamil Khir untuk membuat laporan polis terhadap dakwaan tersebut, Najib berkata, "Kalau beliau yakin tidak bersalah, beliau boleh ambil apa-apa tindakan sama ada 'criminal defamation' ataupun civil defamation.
Ditanya sama ada hal sedemikian merupakan satu usaha untuk mencalar imej kerajaan, beliau berkata perkara sebegitu akan sentiasa ada.
Semalam, Jamil Khir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung dakwaan beliau menyalah guna hasil sumbangan orang ramai bagi membiayai perjalanan ke luar negara.
Jamil Khir turut menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat Pengarah NOW (National Oversight and Whistleblowers) Akmal Nasir bahawa program di Amerika Syarikat bersifat bersuka ria menggunakan dana anak yatim adalah satu fitnah jahat dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan integritinya selaku Menteri.
Menurut Jamil, lawatan beliau ke Amerika Syarikat pada 21 hingga 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan agensi di bawah seliaannya, terutama Yapeim dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Amerika.
Ini termasuk program Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar dari Amerika Syarikat serta Kanada.
Topic Berkaitan
#fitnah
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#tindakan
#YaPEIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan