MALAYSIA
YAPEIM sasar bina 50 rumah, peruntuk RM4 juta tahun ini

Mohd Na'im (enam, kiri) bergambar bersama penerima rumah pada Program Sinar Lestari Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) di Penaga hari ini. - Foto Bernama
KEPALA BATAS: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyasarkan untuk membina 50 rumah dengan peruntukan RM4 juta menerusi Program Sinar Lestari YAPEIM kepada golongan yang memerlukan tahun ini.
Ringkasan AI
- YAPEIM menyasarkan pembinaan 50 rumah bernilai RM4 juta bagi golongan B40 dan penerima e-Kasih tahun ini melalui Program Sinar Lestari.
- Sejak dilancarkan, 293 projek bina baharu dan baik pulih telah dijalankan di seluruh negara dengan 225 projek siap dan selebihnya dalam pembinaan.
- Bantuan kediaman bukan sahaja menyediakan tempat tinggal selesa, malah mencerminkan usaha Kerajaan MADANI membina masyarakat penyayang dan inklusif.
"Sebanyak 167 projek baik pulih dan 126 projek bina baharu telah dilaksanakan dengan 225 projek telah siap manakala baki 68 projek dalam proses pembinaan. Di Pulau Pinang, YAPEIM telah melaksanakan sembilan projek membabitkan lima bina baharu serta empat projek baik pulih keseluruhannya berjumlah RM460,000," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan Program Sinar Lestari YAPEIM di Penaga di sini hari ini, dengan tiga ketua keluarga menerima bantuan bina baharu rumah masing-masing pada majlis itu.
Mohd Na'im berkata bantuan berkenaan bukan sekadar menyediakan tempat tinggal yang selesa, tetapi juga simbol keprihatinan Kerajaan MADANI dalam membina masyarakat penyayang serta memastikan tiada golongan memerlukan tercicir.
Sementara itu, penerima rumah bina baharu Tahir Suhid, 55, berkata dia sekeluarga bersyukur dan gembira kerana selama ini menyewa lebih 15 tahun di Jalan Pasir Gebu, di sini.
Tahir yang juga nelayan berkata lebih dua tahun dia tidak turun ke laut dan pada masa ini membantu isterinya Norlia Aziz,45, berniaga.
"Saya beli tanah lot dengan membayar secara ansuran sebelum memohon bantuan membina rumah daripada YAPEIM.
"Kami sekeluarga bersyukur dan berterima kasih YAPEIM kerana membantu kami, besar ertinya rumah ini kepada saya, isteri dan lima anak berusia enam hingga 25 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami