awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Amal ASAS fokus pemulihan hidup mangsa banjir

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2022
13:22 MYT
Yayasan Amal ASAS fokus pemulihan hidup mangsa banjir
Antara bantuan yang telah dilaksanakan ialah bantuan wang ringgit, sumbangan bakul makanan dan khidmat mencuci dan mengemas lumpur dan sisa banjir. - Gambar ihsan Yayasan Amal ASAS
KUALA LUMPUR: Susulan banjir yang melanda beberapa buah negeri pada Disember tahun lalu, Yayasan Amal ASAS (YAA) telah menggerakkan usaha membantu mangsa banjir.
Program yang diberi nama ASAS Flood Relief ini telah dilaksanakan di kawasan-kawasan Lembang Klang seperti di Puchong, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat.
Antara bantuan yang telah dilaksanakan ialah bantuan wang ringgit, sumbangan bakul makanan dan khidmat mencuci dan mengemas lumpur dan sisa banjir.
"Antara bentuk bantuan unik yang menjadi fokus diberikan oleh YAA ialah penumpuan kepada pemulihan hidup para mangsa seperti pemeriksaan pendawaian elektrik rumah, pembaikan peralatan elektrik dan elektronik, mengecat bangunan dan penggantian karpet ruang solat masjid.
"Selain daripada itu, YAA turut memberikan khidmat pemeriksaan kesihatan kepada penduduk yang ditimpa musibah banjir, melalui klinik bergerak JERKS 9600," kata Presiden YAA Ir. Ghazali Bujang dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Ghazali berkata, YAA ingin menjemput rakyat Malaysia yang ingin menyumbang derma wang ringgit kepada program pemulihan pasca banjir anjurannya untuk berbuat demikian di laman web www.asas.com.my/infaq-banjir/ atau di nombor akaun 12140010001684 (Bank Islam) atas nama Yayasan Amal ASAS dengan rujukan Infaq Banjir.
Sukarelawan YAA terdiri majoritinya daripada bekas pelajar Sekolah Alam Shah dan turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang lain seperti ResQ Siswa Universiti Perguruan Sultan Idris turut dijalankan.
Topic Berkaitan
#Yayasan Amal ASAS
#YAA
#Sekolah Alam Shah
#banjir
#bantuan
#pendawaian elektrik
#Bakul Makanan
#wang ringgit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan