awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yazid mengaku tidak bersalah

Astro Awani
Astro Awani
20/02/2013
04:21 MYT
Yazid mengaku tidak bersalah
Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan memajukan sesuatu ideologi yang boleh dianggap untuk mengugut orang awam di Syria.
Suri rumah, Halimah Hussein yang didakwa bersubahat dengan Yazid turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama.
Dalam prosiding yang sama, hakim Kamardin Hashim turut menetapkan Isnin ini untuk pendengaran habeas corpus pekerja kafe, Muhammad Hilmi Hasim yang sebelum ini ditahan bersama-sama Yazid dan Halimah.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Ampang di antara 1 Ogos hingga 20 Oktober tahun lepas.
Yazid menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 130 G (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Yazid diwakili peguam Amir Hamzah Arshad manakala Halimah diwakili Datuk Yusof Zainal Abidin.
Hakim Kamarudin menetapkan tarikh perbicaraan serentak Yazid dan Halimah antara 20 hingga 23 Mei depan.
Yazid pernah ditahan di bawah ISA selama tujuh tahun sejak Disember 2001 kerana disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan militan Jemaah Islamiyah.
Topic Berkaitan
#Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
#Yazid Sufaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan