awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - KPN

Bernama
Bernama
21/11/2019
22:57 MYT
Yazid Sufaat di bawah pemerhatian polis - KPN
ABDUL HAMID: Dia (Yazid) telah dibebaskan atas beberapa syarat dan kami yakin kami menjaga perkara itu dengan sebaiknya. -Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memberi jaminan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa polis sentiasa memerhatikan anggota militan Yazid Sufaat yang telah dibebaskan selepas menjalani tahanan selama dua tahun.
“Dia (Yazid) telah dibebaskan atas beberapa syarat dan kami yakin kami menjaga perkara itu dengan sebaiknya.
“Jangan risau mengenainya. Syarat yang ditetapkan kepadanya amat tegas dan ini akan membantu kami memerhatikannya,” katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Deepavali anjuran Menteri Kewangan dan Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan di sini hari ini.
Yazid yang mempunyai kaitan secara langsung kepada kejadian 11 September 2011 di Amerika Syarikat telah ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor untuk tempoh dua tahun di bawah Akta Pencegahan Keganasan (POTA).
Abdul Hamid berkata polis juga akan terus berhubung dengan Yazid dalam proses pemulihan.
“Kami tidak akan berhenti membantu mereka yang terlibat dalam apa-apa elemen sama ada Daesh atau LTTE atau apa juga bentuk elemen keganasan, untuk kembali kepada masyarakat,” katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hamid Bador
#anggota militan
#dalam pemerhatian polis
#Ketua Polis Negara
#Penjara Simpang Renggam
#rumah terbuka Deepavali
#Yazid Sufaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan