awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YDP Agong hadir MRR ke-269, isu kehakiman antara tumpuan perbincangan

Astro Awani
Astro Awani
15/07/2025
08:00 MYT
YDP Agong hadir MRR ke-269, isu kehakiman antara tumpuan perbincangan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara, pada Selasa. -Facebook
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-269 di Istana Negara, pada Selasa.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menghadiri Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor.
  • Mesyuarat ini turut dihadiri wakil rasmi Pemangku Sultan Johor dan dijangka membincangkan isu pelantikan hakim-hakim kanan.
  • Terdapat kebocoran dokumen sulit berkaitan pelantikan kehakiman yang dilaporkan media, termasuk minit mesyuarat JAC dan laporan polis.

Menurut perkongsian rasmi yang dimuat naik di laman media sosial Seri Paduka Baginda, MRR ke-269 akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.
Berangkat sama, YAM Tunku Idris Iskandar sebagai wakil rasmi DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor.
Beberapa media sebelum ini melaporkan, antara perkara yang akan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah isu berkaitan pelantikan hakim-hakim kanan.
Ketika ini jawatan Ketua Hakim Negara dipangku Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, selepas Tun Tengku Maimun Tuan Mat tamat tempoh perkhidmatannya.
Sebelum ini, media melaporkan satu petikan minit mesyuarat JAC yang didakwa dari bulan Mei telah tersebar di media sosial.
Minit tersebut, yang merupakan dokumen sulit, dilaporkan mengandungi dakwaan serupa dengan laporan polis yang dibocorkan sebelum ini dan dibuat bagi pihak seorang hakim kanan pada bulan Jun.
Topic Berkaitan
#Majlis Raja-Raja
#Sultan Ibrahim
#Ketua Hakim Negara
#Isu kehakiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan