GADGETS
YouTube lancar ciri siaran langsung 360-darjah dan audio spatial

Dengan adanya realiti maya dan video 360-darjah di YouTube, pengguna kini boleh mengalami detik-detik hiburan yang diimpikan dari keselesaan rumah masing-masing.
Pernahkah anda teringin untuk menghadiri sebuah acara sukan atau menonton sebuah konsert muzik secara langsung, tetapi anda tidak berpeluang untuk berbuat sedemikian?
Menurut YouTube dalam satu kenyataan, dengan adanya realiti maya dan video 360-darjah di YouTube, pengguna kini boleh mengalami detik-detik hiburan yang diimpikan dari keselesaan rumah masing-masing.
Difahamkan, Google mula melancarkan sokongan untuk video 360-darjah pada Mac 2015. Dari ahli-ahli muzik hingga ke penjenama terkenal, mereka telah menghasilkan pelbagai karya yang menakjubkan menggunakan teknologi tersebut.
Jadi, mereka kini boleh melibatkan peminat mereka secara langsung, melalui siaran langsung 360-darjah dan audio spatial.
Audio spatial bagi video YouTube juga dilancarkan serta-merta pada 13 Mac lalu.
Sepertimana menonton sebuah konsert dalam 360-darjah boleh memberi pengguna sebuah pengalaman yang tiada tandingannya, audio spatial juga membolehkan mereka untuk mendengar secara lebih realistik.
Menurut YouTube, bagi memastikan semua pencipta kandungan boleh menceritakan karya-karya hebat mereka melalui realiti maya, Google telah berkerjasama dengan pelbagai syarikat dari industri tersebut.
VideoStitch dan Two Big Ears merupakan syarikat perisian yang masing-masingnya serasi dengan siaran langsung 360-darjah dan audio spatial di YouTube yang boleh didapati sekarang, dengan lebih banyak perisian akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Google juga akan menyediakan ciri siaran langsung 360-darjah dan audio spatial di semua lokasi YouTube Space di serata dunia, agar pengguna boleh mencuba ciri terbaharu tersebut.
Apa yang paling mengujakan, ciri ini membolehkan pengguna berkongsi pengalaman dari serata dunia bersama sesiapa sahaja.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami