Yuran platform e-dagang adalah proses kematangan ekosistem - MAMBA

Low berkata sumber yang dijana melalui penambahbaikan platform harus dibajak semula bagi membantu PKS beroperasi dengan lebih pintar dan berkembang secara mampan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Yuran platform e-dagang harus dilihat sebagai sebahagian daripada pengembangan ekosistem digital Malaysia ketika penjual dalam talian mengemudi peningkatan kos operasi, yuran, utiliti, logistik dan upah.
Ringkasan AI
- Yuran platform e-dagang perlu dilihat sebagai sebahagian daripada pengembangan ekosistem digital Malaysia yang berkemampuan untuk menangani peningkatan kos operasi penjual dalam talian.
- Penyesuaian yuran tersebut menjadi penting bagi perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) dalam menghadapi risiko perniagaan sebenar seperti kelewatan dan kegagalan sistem.
- MAMBA menggesa penjual dan platform e-dagang untuk mengambil tanggungjawab yang seimbang dalam pertumbuhan ekosistem digital untuk memastikan keberkesanan serta keberlanjutan perniagaan dalam talian.
"Beroperasi pada skala ini memerlukan sistem yang mantap, penguatkuasaan dan proses yang boleh dipercayai. Apabila jangkaan pembeli bertambah, penjual menghadapi risiko perniagaan sebenar seperti kelewatan, kegagalan sistem serta ketidakkonsistenan perkhidmatan.
"Isu ini boleh mengakibatkan tempahan dibatalkan, pembayaran balik, penalti termasuk kehilangan pelanggan berulang. Menanganinya memerlukan pelaburan berterusan merentas ekosistem daripada platform dan juga penjual," kata Low.
Akan ada jangkaan untuk logistik dan sistem yang lebih baik termasuk peningkatan kebolehpercayaan operasi, yang semuanya datang dengan kos yang perlu dikongsi merentasi ekosistem secara mampan.
Platform dengan sumber yang mencukupi boleh dilabur semula ke dalam program sokongan PMKS yang disasarkan, yang merangkumi penyertaan yang boleh disesuaikan, inisiatif dorongan prestasi, data dan alat analitik yang lebih unggul, sokongan operasi yang diperibadikan, komisen sementara atau pengecualian yuran untuk penjual yang lebih kecil.
MAMBA menyamakan langkah tersebut sebagai batu loncatan dalam membantu penjual membangunkan perniagaan yang berdaya tahan.
Low berkata sumber yang dijana melalui penambahbaikan platform harus dibajak semula bagi membantu PKS beroperasi dengan lebih pintar dan berkembang secara mampan.
Namun begitu, beliau berkata platform sahaja tidak boleh memacu pertumbuhan. Penjual perlu turut melabur dalam pertumbuhan.
Apabila platform dan penjual mengambil tanggungjawab yang seimbang dan dikongsi untuk pertumbuhan, ekosistem yang lebih kukuh akan diwujudkan," katanya.
MAMBA juga menggesa dasar kerajaan untuk meningkatkan akses kepada infrastruktur, melaksanakan inisiatif peningkatan kemahiran yang disasarkan selain memudahkan pematuhan dan keperluan operasi bagi membantu PKS berkembang maju.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


