Kementerian Dalam Negeri akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNCHR) untuk menambah baik kad UNCHR bagi pelarian di negara ini.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kad baharu itu akan dilengkapi peranti keselamatan dan teknologi identifikasi frekuensi radio (RFID) bagi mengesan lokasi pelarian melalui transmisi satelit.
Kad pengenalan diri pelarian itu juga akan dilengkapi fungsi kad debit untuk kemudahan pemegangnya dan kos penambahbaikan berkenaan adalah minimum serta ditanggung oleh pelarian terbabit, katanya.
"Saya telah mengadakan perbincangan dengan pihak UNHCR, dan kini menunggu persetujuan dari UNHCR tentang aspek peranti keselamatan untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Borong Baru Kuala Lumpur di Pusat Bandar Utara Selayang, hari ini.
Ahmad Zahid berkata terdapat 104,070 orang pelarian yang memegang kad UNHCR secara sah di Malaysia, manakala lebih 50,000 lagi tidak mempunyai kad.
Mengenai lawatannya itu, Ahmad Zahid berkata ramai warga asing bekerja di pasar borong berkenaan termasuk orang pelarian yang tidak mempunyai kada UNHCR dan mereka berlakon bisu apabila diminta menunjukkan dokumen diri oleh pihak berkuasa.
"Untuk satu minggu ini, pihak imigresen akan memantau mereka. Selepas seminggu, kementerian akan bekerjasama dengan UNHCR untuk mencari jalan penyelesaian dengan cara yang baik," katanya.
Mengenai warga Myanmar yang berniaga di pasar borong itu, Ahmad Zahid berkata Kedutaan Myanmar telah bersetuju untuk membiayai kos menghantar pulang 140,000 pekerja tanpa izin dari negara berkenaan dalam masa terdekat.
"Namun, pekerja yang dihantar pulang itu boleh memohon semula untuk bekerja di Malaysia dengan dokumen rasmi, semua permohonan itu akan diproses sebagai pekerja asing oleh Jabatan Imigresen," katanya.
Sejak 1 Ogos 2011 hingga 8 Julai 2013, sebanyak 25,535 pendatang tanpa izin Myanmar telah dihantar pulang.
Selain itu katanya, terdapat keperluan mendesak kepada guna tenaga kerja asing di pasar terbabit dan pihaknya akan berbincang dengan UNHCR dan Jabatan Imigresen bagi mempertimbangkan kemungkinan membenarkan pelarian yang sah bekerja.
Pemangku Perwakilan UNHCR Michele Manca di Nissa ketika mengulas kenyataan Ahmad Zahid itu berkata mereka menyambut baik rancangan berkenaan.
"Kami berterima kasih atas kemurahan hati kerajaan Malaysia untuk membenarkan orang pelarian tinggal dan bekerja di sini. Langkah ini juga akan menghentikan kritikan kepada kerajaan. Ini adalah langkah kemanusiaan yang sangat dialu-alukan," katanya.
Bernama
Thu Jul 11 2013
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.
Kerajaan tiada hasrat perkenal TVET kepada lepasan Darjah 6 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata meskipun terdapat negara maju telah melakukan perkara tersebut, pihaknya berpendapat cadangan pelaksanaan TVET bagi lepasan darjah enam perlu penelitian sebaiknya.
Industri rel tawar kira-kira 25,000 peluang pekerjaan kepada lepasan TVET
Ahmad Zahid menggalakkan lebih ramai pelajar Maahad Tahfiz untuk menyertai bidang TVET termasuk memenuhi keperluan teknikal industri rel.
BSN raikan 50 tahun komitmen keterangkuman kewangan negara
Bank Simpanan Nasional (BSN) meraikan ulang tahun ke-50 dengan sambutan bersejarah yang dihadiri lebih 1,000 tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, melambangkan semangat keterangkuman.
Banjir: Pembinaan Pusat Pemindahan Kekal bantu kelancaran operasi persekolahan
Kerajaan sedang merangka langkah untuk menyediakan Pusat Pemindahan Kekal (PPK) di setiap negeri bagi mengurangkan pergantungan kepada pusat pemindahan sementara (PPS) di sekolah.
Cadangan kembalikan nama SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin ke Kabinet - TPM
Katanya, cadangan tersebut tidak membabitkan isu soal perkauman tetapi kerana itu adalah nama sekolah berkenaan yang diluluskan pada 2017.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.