awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Green lab' bakal disediakan di sekolah rendah di Alor Gajah
Reman suspek kes letupan di Nilai disambung seminggu
Roma intai peluang bersatu semula dengan Mo Salah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid kecewa rizab Petronas diguna tampung defisit Belanjawan 2019

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/11/2018
13:27 MYT
Zahid kecewa rizab Petronas diguna tampung defisit Belanjawan 2019
Zahid (tengah) diapit oleh Datuk Seri Mohamad Hassan (kiri) dan Tan Sri Annuar Musa Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, PWTC, Kuala Lumpur hari ini. - Astro AWANI / Shahir Omar
Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi menzahirkan kekecewaan apabila unjuran tinjauan penarafan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) LNG Ltd (PLL) berubah kepada negatif, daripada stabil.
Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bulanan hari ini, Zahid menyifatkan penggunaan rizab Petronas untuk menampung defisit Belanjawan 2019 sebagai sesuatu yang menyedihkan.
"Ini merupakan bayangan masa depan penarafan Petronas. Kami juga bersedih apabila dana simpanan Petronas diguna untuk menampung defisit bajet, iaitu sebanyak RM30 bilion tambahan daripada jumlah dividen yang telah diberikan sebelum ini sebanyak kira-kira RM20 bilion.
"Ini dikhuatiri akan mengurangkan pengukuhan dana simpanan yang selama ini dipegang oleh Petronas," kata Zahid.
Laporan media hari ini menyebut Penolong Naib Presiden dan Penganalisis Moody’s, Rachel Chua berkata perubahan unjuran penarafan PLL itu adalah berasaskan unjuran penarafan bagi syarikat induk muktamad PLL, iaitu Petronas.
VIDEO: Petronas mampu bayar dividen khas kepada kerajaan
BACA: 'Kerajaan tak rompak Petronas' - Tun Daim
Topic Berkaitan
#bajet
#dana simpanan
#defisit
#majlis tertinggi
#Petronas
#presiden
#tinjauan penarafan
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan