awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid sangkal dakwaan media Filipina tidak dibenar buat liputan

Astro Awani
Astro Awani
16/03/2013
11:56 MYT
Zahid sangkal dakwaan media Filipina tidak dibenar buat liputan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan media Filipina kononnya disekat daripada mendapat gambaran sebenar Operasi Daulat di Lahat Datu. Tegasnya tuduhan berkenaan tidak berasas kerana media asing diberi kebenaran untuk mendapat maklumat. Mereka juga tidak dihalang untuk berada di pusat media di Felda sahabat bagi mendapatkan maklumat terkini. Beliau berkata, “Saya ingin memaklumkan bahawa jemaah menteri pada hari Rabu yang lalu telah membenarkan media asing terutamanya media Filipina untuk berada dipusat media di Felda Sahabat bagi mendapat maklumat-maklumat terbaharu terhadap perkembangan di Lahat Datu dan mungkin jika perlu pihak tentera dan polis akan membawa mereka ke kawasan-kawasan operasi.” Sementara itu, kerajaan akan berbincang bagi membenarkan diplomat Filipina di negara ini melawat suspek pengganas Sulu yang ditahan. Ia membabitkan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Polis Diraja Malaysia. Sebaik keputusan dibuat diplomat Filipina termasuk dutanya di Kuala Lumpur mungkin dibenar melawat selepas urusan soal siasat oleh pihak keselamatan ke atas suspek selesai sepenuhnya. Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan program sumbangan 120 buah komputer untuk sekolah jenis kebangsaan Tamil dan Cina serta sekolah kebangsaan di Perak di Dewan Wisma Umno Bagan Datoh pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
#Lahat Datu
#operasi daulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan