Zian-saidin.jpg
Pendirian yang Zain gunakan apabila menjadi suami kepada wanita paling popular, paling cantik, juga boleh dikatakan sebagai antara paling kontroversi di Malaysia?
Yang penting, kami menjaga maruah diri masing -masing . Perkataan ‘populariti’ ini hanya valid dalam konteks hidup kami sebagai artis. Ya, Che Ta memang popular dalam kalangan orang kita. Tua muda mengidolakan Che Ta. Saya pula lebih mesra dalam kalangan kanakkanak dan peminat
drama Oh My English! Tetapi, jujurnya, saya masih lelaki yang biasa. Dan Che Ta, hanyalah wanita biasa apabila kami saling melengkapkan peranan kami sebagai suami dan isteri. Di rumah, saya adalah Zain Saidin, suami kepada Che Ta dan tiga anak-anaknya. Saya tidak begitu ambil endah apa orang tulis tentang Che Ta. Itu pendirian saya semenjak dulu lagi. Saya faham, setiap berita tentang Che Ta akan ‘jual’. Dia milik masyarakat. Tetapi selagi kami saling berpegang kuat pada prinsip saling menghormati dan mempercayai, insya- Allah, cinta ini pasti baik-baik belaka

Zain dan Rozita bekerja kuat hari ini untuk kesenangan anak-anak di kemudian hari. Apa yang telah Zain dan Rozita siapkan untuk Aaisyah setakat hari ini? Juga untuk masa depan?
Tabungan khas untuknya, masih dilakukan perlahan-lahan, kerana setiap ringgit dan sen yang kami perolehi hasil penglibatan Aaisyah (misalnya komersil atau duta produk), tidak kami usik walau sesen pun. Semuanya dikumpul atas nama Aaisyah. Mungkin juga suatu hari nanti kami melancarkan jenama kanak-kanak; mungkin jenama fesyen, minuman, kasut atau sebagainya, di bawah nama Aaisyah Dhia Rana, siapa tahu?

Aaisyah membesar dalam lautan kemewahan. Bagaimana Zain mengajar dia agar mengerti dan faham serba-sedikit tentang kesusahan hidup? Agar dia tahu mengurus kesusahan secara realiti?
Ya saya sedar ini (diam sejenak). Saya juga pernah memikirkannya. Pertama, anda harus faham, Che Ta sememangnya telah lama mengidamkan anak perempuan. Apabila sudah teruja, kalau boleh bulan dan bintang mahu kita berikan, ya segalanya. Saya dapat rasakan yang Aaisyah memang lebih dimanjakan Che Ta. Di sinilah hadirnya keseimbangan Yin and Yang. Di sinilah peranan seorang bapa akan teruji. Insya-Allah, babak hidup untuk Aaisyah masih panjang, kita pun tidak tahu kesudahannya. Tetapi kami akan melakukan yang terbaik untuk mempersiap Aaisyah agar dia menjadi anak yang pintar, solehah dan tidak gentar dilambung badai. Doakanlah