Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari disifatkan tidak matang apabila mendakwa fatwa Selangor yang mengharamkan gerakan Sisters In Islam (SIS) dianggap sesat dan satu langkah keterbelakang.
Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu), Dr. Fathul Bari Mat Jahaya berkata, Zairil perlu melihat kepada perspektif sebenar yang diberi Jabatan Agama Islam.
"Saya nampak Zairil yang tidak matang. Pada saya kalau dia hendak kecam Jabatan Agama Islam atau seumpamanya ... Zairil boleh masuk SIS.
"SIS bukan sehari dua begini, masyarakat sudah mengenali SIS sebagai gerakan liberal berdasarkan pendirian dan pegangan mereka selama ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Dr. Fathul mengulas kenyataan Zairil terhadap fatwa pengharaman SIS akan merugikan rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Islam.
Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera turut memberi alasan pihak berkuasa agama gagal memahami kerencaman isu dan advokasi yang diketengahkan SIS.
Pada Jumaat, SIS memfailkan semakan kehakiman ke atas satu fatwa dikeluarkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang mengharamkan kumpulan wanita Islam terbabit.
Semakan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Pengarah Eksekutif SIS Ratna Othman dan ahli lembaganya Datin Paduka Marina Mahathir.
Jelas Dr. Fathul lagi, pihak berkuasa agama juga tidak harus berdiam diri dan perlu bersedia tampil ke mahkamah bagi mendakwa SIS.
"Ia gerakan NGO pro-liberal. Pendekatan mereka selama ini menampakkan mereka mendukung ideologi itu.
"Saya cabar SIS juga, kalau hendak lihat apa keputusannya, masuk mahkamah sama-sama," katanya.
Bagaimanapun ujarnya, masyarakat tidak harus melabelkan SIS sebagai sebuah organisasi bukan Islam atau kafir.
"Cuma ideologinya yang tidak diterima Islam. Kita tidak boleh cepat menuduh sesuatu individu atau organisasi itu kafir," jelasnya.
Sebuah portal sebelum ini melaporkan Timbalan Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi turut mengkritik tindakan SIS yang mencabar fatwa pengharamannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sehingga cuba mengheret badan itu ke mahkamah.
Tegas Muhammad Khalil, kebiadaban SIS yang mencabar pengharamannya kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama adalah bahawa kumpulan tersebut menggerakkan agenda pemesongan ke atas ajaran Islam di negara ini.
Zairil sebelum ini pernah menafikan kontroversi gambar aksi dua individu miripnya dan Calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Telok Intan, Dyana Sofya dalam keadaan berpelukan mesra.
Wan Syamsul Amly
Sat Nov 01 2014
DR. FATHUL: Zairil tidak matang, dia boleh jadi macam SIS - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Hentikan polemik tajuk ceramah Dr Zakir - Fathul Bari
Semua pihak diminta menghentikan sebarang polemik mengenai tajuk ceramah agama pendakwah dari India, Dr Zakir Naik yang didakwa boleh menimbulkan isu sengketa atau perselisihan antara kaum.