Pembayaran zakat pendapatan menerusi kaedah potongan gaji atau dinamakan Skim Thohir semakin mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan umat Islam yang bekerja di Wilayah Persekutuan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Mohd Rais Alias berkata ini kerana kutipan zakat pendapatan meningkat setiap tahun dan ia menyumbang kutipan zakat tertinggi di PPZ-MAIWP berbanding zakat lain.
"Ini menunjukkan kesedaran telah wujud dalam kalangan umum terutama pembayar zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
Mohd Rais berkata pekerja swasta turut memilih membayar zakat pendapatan melalui pemotongan gaji dengan nilai sumbangan yang tinggi berbanding penjawat awam.
"Daripada segi bilangan pekerja swasta dan penjawat awam membuat potongan gaji untuk zakat pendapatan tidak nampak banyak beza tetapi yang menyumbang (nilai) lebih banyak kepada kutipan dalam setahun adalah daripada pekerja swasta," katanya.
Beliau berkata keadaan itu berkemungkinan kerana gaji bulanan pekerja swasta lebih tinggi berbanding penjawat awam sekali gus membolehkan mereka membuat potongan banyak untuk zakat pendapatan.
Mengulas lanjut mengenai zakat pendapatan, Mohd Rais berkata secara umumnya terdapat dua kaedah yang digunakan PPZ-MAIWP untuk membuat pengiraan bagi bayaran zakat pendapatan dengan kadar zakat sebanyak 2.5 peratus.
Katanya kaedah pertama ialah mengira zakat pendapatan atas pendapatan kasar dan kaedah kedua pula ialah zakat pendapatan dikira atas pendapatan bersih.
"Bagi kaedah pertama zakat pendapatan dikira atas semua sumber pendapatan dalam setahun dan pendapatan tersebut perlulah bersamaan atau melebihi nisab, manakala kaedah kedua pula jumlah pendapatan kasar setahun ditolak perbelanjaan yang dibenarkan setahun.
"Sekiranya pendapatan bersih bersamaan atau melebihi nisab, kadar zakat 2.5 peratus dikenakan atas pendapatan tersebut. Nisab adalah paras minimum yang menentukan sama ada sesuatu harta diwajibkan zakat dan nisab bersamaan dengan berat 85 gram nilai emas semasa. Nilai nisab di Wilayah Persekutuan bagi 2015 ialah sebanyak RM11,308," katanya.
Beliau berkata tolakan tanggungan perbelanjaan boleh dibuat dalam pengiraan zakat pendapatan itu namun bagi tanggungan anak-anak pula hanya dibenarkan bagi lelaki yang berkahwin, wanita yang menanggung perbelanjaan anak-anak (suami tidak bekerja) atau ibu tunggal.
Mohd Rais berkata zakat pendapatan adalah zakat yang dikenakan ke atas perolehan sama ada sumber gaji dan juga pendapatan daripada sumber lain yang merangkumi tunggakan gaji, pelbagai elaun antaranya elaun kenderaan dan makan, royalti, sewa rumah dan bonus.
Sehubungan itu, beliau berkata kewajipan menunaikan zakat pendapatan ini bukan hanya terhad kepada pekerja makan gaji semata-mata tetapi pesara juga wajib membayar zakat pendapatan itu sekiranya jumlah wang pencen tahunan melebihi nilai nisab berkenaan.
"Kadang-kadang kalau pencen pun ada juga harta lain yang golongan pesara ada misalnya ada menyimpan jongkong emas mahupun ada sewaan rumah. Jadi kalau melebihi nisab memang wajib bayar zakat pendapatan ini," katanya.
Bagi mendapatkan perkhidmatan Skim Thohir ini, orang ramai boleh menghubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.
Bernama
Sun Jul 19 2015
Pembayaran zakat pendapatan menerusi kaedah potongan gaji atau dinamakan Skim Thohir semakin mendapat sambutan amat menggalakkan dalam kalangan umat Islam yang bekerja di Wilayah Persekutuan. - Gambar Fail
Perdana Menteri baharu Perancis dijangka diumum pada Jumaat
Pejabat Presiden Emmanuel Macron mengesahkan bahawa Perdana Menteri baharu Perancis akan diumumkan pada Jumaat, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Meta Video Seal diperkenal, tera air tersembunyi untuk video janaan AI
Video Seal adalah tera air tersembunyi untuk video janaan AI. Tera air ini tidak boleh diubah suai sama ada dikaburkan atau video dipangkas.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Pantau Belanjawan: Memartabatkan perumahan sebagai hak asasi
Pengarah Kajian Khazanah Research Institute (KRI), Dr Suraya Ismail berbicang lanjut mengenai akses kepada perumahan yang menangani masalah ini melalui 'kesamarataan' manusia di Malaysia.
Tujuh maut dalam kebakaran hospital di Tamil Nadu
Sekurang-kurangnya tujuh orang dilaporkan maut manakala ramai lagi cedera dalam insiden kebakaran di sebuah hospital di Dindigul, Tamil Nadu, India.
AWANI Ringkas: Pengerusi ASEAN dan TMM 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pengasas Blogger, Twitter dan Medium lancar aplikasi sosial baharu Mozi
Melalui Mozi, pengguna boleh melakukan perancangan mereka di sesuatu lokasi seperti lokasi yang akan disinggah, atau acara yang akan disertai.
Buaya di Teluk Batik: PERHILITAN nasihat orang awam berwaspada
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu pada Khamis.
[TERKINI] Zii Jia, beregu negara melangkah ke separuh akhir
Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan kedua dalam Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Pemain nombor lapan dunia itu meneruskan prestasi cemerlangnya dengan menewaskan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Anders Antonsen, 21-14, 21-19 dalam masa 47 minit di Gimnasium Olimpik Hangzhou.
Permohonan Geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India masih dibuka - Mitra
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis.
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.
Raja Permaisuri Agong tiba di Labuan untuk lawatan rasmi
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Labuan hari ini.
Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.
Amaran hujan berterusan di Sabah, Labuan selama tiga hari bermula Rabu
Keadaan cuaca ini dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah termasuk Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, dan Sandakan, serta Labuan.
Amaran ribut petir, hujan lebat di Sabah, Labuan dan Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 3 pagi esok.