awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain - Mohd Shuhaily

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2023
15:51 MYT
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain - Mohd Shuhaily
Mohd Shuhaily berkata, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan suspek tinggal atau berada di kawasan itu. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
PETALING JAYA: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain memaklumkan Zayn Rayyan Abdul Matiin tidak meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, rumusan itu diperoleh selepas meneliti hasil bedah siasat dan juga berdasarkan usaha pencarian yang dilakukan di kawasan mayat dijumpai.
Tambah beliau, pasukan pencarian telah mencari di kawasan sama beberapa kali namun hanya ditemui pada lewat malam hari kedua operasi pencarian.
"Mengambil dari situ, kita boleh merumuskan bahawa mangsa tidak mati di tempat kejadian.
“Mangsa mungkin mati di tempat lain, diletakkan di situ. Kami juga mengambil beberapa petunjuk dari hasil bedah siasat
“Saya merayu masyarakat setempat yang melihat atau (ada) sekecil mana maklumat untuk datang ke depan dalam merungkai jenayah ini,” katanya.
Tambah beliau, mangsa juga kemungkinan sudah 48 jam meninggal dunia ketika ditemui namun kematian bukan disebabkan lemas.
“Hasil daripada bedah siasat petang tadi mengesahkan bahawa apa yang diandaikan pada peringkat awal itu disahkan oleh hasil bedah siasat yang mana Ketua Polis Selangor cakap ada kesan jerut dan sebagainya.
“Operasi seterusnya adalah untuk mengesan suspek. Kemungkinan... kita tidak tahu siapa lagi buat masa ini, masih terlalu awal.
“Kita sedang merangka beberapa strategi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada Khamis malam.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#Mohd Shuhaily Mohd Zain
#lokasi kejadian
#Zayn Rayyan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan