awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ZIST tuntut permohonan maaf

Bernama
Bernama
29/08/2022
11:14 MYT
ZIST tuntut permohonan maaf
Mereka juga akan memulakan tindakan undang-undang sekiranya penarikan balik dan permohonan maaf tidak dibuat selewat-lewatnya pada 2 Sept ini. - Gambar hiasan
Tiga peguam daripada firma Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) menuntut Presiden Majlis Peguam Malaysia Karen Cheah Yee Lynn membuat permohonan maaf dan menarik balik kenyataan yang dikatakan sebagai fitnah, berhubung tindakan mereka semasa mengendalikan rayuan terakhir Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kes berkaitan dana SRC International Sdn Bhd.
Menurut pernyataan tuntutan bertarikh 26 Ogos, Datuk Zaid Ibrahim, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavanam menuntut penarikan semula dan permohonan maaf yang penuh dan tidak berbelah bahagi berhubung kenyataan yang diterbitkan dan disebarkan kepada media bertajuk "Abuse of Process Brings Disrepute to Our Justice System" pada 19 Ogos.
Mereka mendakwa kenyataan akhbar yang menjadi asas kepada laporan berita itu secara "palsu dan berniat jahat" mengandungi kenyataan-kenyataan berkaitan tindakan mereka dalam mengendalikan rayuan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Persekutuan.
Pernyataan itu turut menyatakan bahawa mereka mendakwa beberapa perenggan dalam kenyataan akhbar Cheah itu menunjukkan sikap secara melulu tidak mengendahkan sama ada tohmahan yang disampaikan menerusi kata-kata bersifat aduan itu, adalah benar atau sebaliknya.
Menurut pernyataan itu, perenggan berkenaan mengatakan bahawa peguam telah sengaja bertindak secara tidak profesional dengan agenda yang tidak wajar untuk menyalahgunakan proses mahkamah, bahawa mereka menggunakan strategi yang tidak bertanggungjawab, dan bahawa tindakan mereka dibuat bagi memesongkan proses keadilan, dan mencemarkan profesion perundangan.
Mereka berkata kenyataan Cheah mendakwa pihak peguam adalah tidak profesional, tidak cekap dan tidak tahu peraturan profesional dalam amalan dan etika; tiada rasa bersalah untuk menyalahgunakan proses mahkamah; telah bertindak secara terang-terangan menghina mahkamah; dan tidak boleh dilakukan sebagai peguam bela dan peguam cara.
Menurut pernyataan itu mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Cheah sekiranya penarikan balik dan permohonan maaf tidak dibuat selewat-lewatnya pada 2 Sept ini.
Bagaimanapun, pada 18 Ogos Najib telah melepaskan ZIST sebagai peguam caranya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ZIST
#Zaid Ibrahim
#Presiden Majlis Peguam
#Karen Cheah Yee Lyn
#fitnah
#Kes SRC
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan