Naib Presiden PKR. Zuraida Kamaruddin hari ini menyerahkan surat jawapan tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin parti itu berhubung dakwaan salah laku disiplin.
Surat jawapan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Zuraida, Nor Hizwan Ahmad di ibu pejabat PKR di sini pada 12.45 tengah hari Rabu.
Menurut Nor Hizwan, beliau mewakili Zuraida yang perlu hadir mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.
"Pihak kami menerima notis (surat tunjuk sebab) daripada Lembaga Disiplin pada 15 Januari lalu dan pada hari ini, tepat 14 hari untuk menjawab surat berkenaan.
"Kami perlu teliti soalan yang dikemukakan, oleh itu kami ambil sedikit masa untuk jawab surat berkenaan dan ia ditulis sendiri oleh Zuraida setelah kami teliti pertuduhan itu," katanya kepada pemberita selepas selesai menyerahkan surat tunjuk sebab itu.
BACA: Zuraida akan jawab surat dalam tempoh ditetapkan
Nor Hizwan berkata, pihak Zuraida kini menyerahkan kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Ahmad Kassim untuk meneliti jawapan tersebut bagi membuat sebarang keputusan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 18 Januari lalu dilaporkan berkata, PKR telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Zuraida berhubung dakwaan salah laku disiplin. - BERNAMA
BACA: Hal Zuraida, itu urusan Lembaga Disiplin - Anwar
BACA: 46 pimpinan PKR gesa tindakan terhadap Zuraida dihentikan serta-merta
Bernama
Wed Jan 29 2020
Zuraida Kamaruddin serahkan surat jawapan tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin parti itu berhubung dakwaan salah laku disiplin. - Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sivarasa dakwa Dr Xavier diberi tekanan untuk lompat parti
Beliau kesal dan sedih dengan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar daripada PKR
Serangan terhadap Tian Chua cermin budaya gengster - Azmin
Ahli Parlimen Gombak itu mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan terhadap Tian Chua di hadapan Ibu Pejabat PKR pada Ahad.