awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan terhadap Tian Chua cermin budaya gengster - Azmin

Bernama
Bernama
01/03/2020
11:55 MYT
Serangan terhadap Tian Chua cermin budaya gengster - Azmin
AZMIN: Gejala (gengsterisme) ini menjadi bukti bagaimana parti yang didirikan dengan tujuan murni untuk membela nasib rakyat telah 'dihijack' oleh orang yang bertopeng reformasi. - Gambar fail
Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Ahad menyifatkan serangan terhadap Naib Presiden PKR Tian Chua semata-mata kerana perbezaan pandangan dan pendapat mencerminkan bagaimana parti itu telah diseludupi budaya gengsterisme dan keganasan.
Mohamed Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR berkata semua pihak seharusnya menolak budaya gengsterisme dan keganasan dalam politik, sebaliknya perlu berusaha menyuburkan semangat berdebat secara rasional serta berunding untuk menyelesaikan masalah.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang dilakukan terhadap Tian Chua di hadapan Ibu Pejabat PKR hari ini... beliau merupakan seorang aktivis sosial yang dihormati dan pengasas Keadilan yang berjasa dalam perjuangan parti itu sejak ia ditubuhkan.
"Gejala (gengsterisme) ini menjadi bukti bagaimana parti yang didirikan dengan tujuan murni untuk membela nasib rakyat telah 'dihijack' oleh orang yang bertopeng reformasi dan menjadikan agenda mendewakan diktator sebagai teras perjuangan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
BACA: Tian Chua ditampar, disimbah air dan diherdik 'pengkhianat'
Mohamed Azmin berkata pimpinan tertinggi PKR kelihatan alpa terhadap budaya samseng itu dan menyimpang jauh daripada reformasi membela rakyat, sedangkan sebuah parti politik yang berlandaskan perjuangan keadilan dan demokrasi seharusnya menggunakan wacana rasional dan perdebatan yang berasaskan kepada fakta.
"Apabila sesebuah parti itu telah dirasuk oleh unsur gengsterisme dan pimpinan membiarkannya terus berleluasa, ini bermakna parti itu berada di ambang kehancuran," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Gombak
#Malaysia2020
#Mohamed Azmin Ali
#MY2020
#naib presiden pkr
#PKR
#Tian Chua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan