Malaysia komited mahu memastikan dalang yang menembak jatuh pesawat MH17 dihadapkan ke mahkamah, sama ada di Malaysia, Ukraine atau mahkamah antarabangsa.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, pihak peguam negara dan Wisma Putra sedang mendalami perkara itu, di samping melihat daripada aspek sistem perundangan antarabangsa.
Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa insiden pesawat komersil ditembak jatuh yang masih belum mendapat keadilan, Malaysia tidak akan berdiam diri.
Bagaimanapun, ujar beliau, keutamaan buat masa ini adalah untuk menyelesaikan perkara berhubung pengurusan jenazah mangsa tragedi tersebut.
“Ini tidak boleh berlaku kepada pesawat MAS, ini tidak boleh berlaku kepada penumpang-penumpang di dalam MH17.
"Tetapi yang paling penting, kita kena ikut jadual dan keutamaan dan keutamaan kita hari ini ialah memastikan bahawa mangsa MH17, jasad, jenazah dan mayat mereka dapat dikembalikan dahulu ke negara masing-masing. Sebab itu jangan kita campur-adukkan benda-benda ini,” kata Hishammuddin.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Tapah di Dewan Merdeka Tapah, Perak pada Ahad.
Hishamuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata, walaupun fokus kini diberikan kepada tragedi MH17, kerajaan tidak pernah melupakan misteri kehilangan pesawat MH370 dan terus komited dalam menjalani misi pencariannya.
Menurut beliau, walaupun Malaysia hanya sebuah negara kecil, tetapi ia telah memainkan peranan besar dalam menyatukan dua negara besar, China dan Australia, untuk berkongsi maklumat pencarian pesawat malang itu.
Katanya, beliau akan ke Perth, Australia dalam beberapa minggu lagi untuk mengadakan pertemuan dengan kumpulan pencarian dari kapal KD Mutiara dan Bunga Mas 5.
Astro Awani
Mon Aug 18 2014
HISHAMUDDIN: Malaysia tidak akan berdiam diri tuntut keadilan. - Gambar fail
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Serangan udara Israel membunuh sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin pada Isnin.
A.S, Britain gesa Hamas terima cadangan gencatan senjata Israel
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menggesa Pejuang Hamas untuk segera menerima cadangan Israel untuk gencatan senjata dalam perang Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan.
Gencatan senjata sepenuhnya perlu dilakukan
Israel perlu bersetuju untuk menghentikan peperangan dan solusi yang dipersetujui oleh banyak pihak termasuk penyelesaian dua negara.
India rampas kapal bawa dadah bernilai AS$71 juta
Pihak berkuasa India turut menangkap 14 warganegara Pakistan dalam serbuan berkenaan.
Perkhidmatan feri percuma bagi pengunjung Program MADANI Rakyat Zon Utara
Perkhidmatan feri Pulau Pinang secara percuma disediakan bagi pengunjung PMR Zon Utara yang akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong di sini selama tiga hari bermula Jumaat ini.
Qatar nantikan kata putus Malaysia dalam pelaburan Baladna
Lawatan keempat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) antara lain turut memberi penekanan dalam sektor agrikultur dan sekuriti makanan. Misi ini jelas serentak dengan tema forum ini iaitu 'Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan' yang mana Datuk Seri Anwar berkesempatan berbincang dengan Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani mengenai hasrat pelaburan ladang tenusu terbesarnya, Baladna dikomersialkan di Malaysia.
[TERKINI] Anwar bertemu Putera Mahkota Arab Saudi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menghadap Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman Al-Saud.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Pertemuan yang berlangsung di Istana Al-Safa itu adalah atas undangan Kerajaan Arab Saudi seiring lawatan kerja tiga hari beliau ke Riyadh.
Kementerian Pertahanan dapatkan pengesahan lanjut ATM
Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pengesahan lanjut daripada Angkatan Tentera Malaysia berhubung laporan pembabitan anggota tentera Malaysia dalam misi ketenteraan di Arab Saudi.
Kapal perang di kepulauan Spratly, Malaysia dapatkan penjelasan China dan Amerika
Malaysia akan mendapatkan penjelasan dari China dan Amerika Syarikat mengenai kehadiran kapal perang mereka di Kepulauan Spratly.
Pesawat EC725 dihantar ke Gunung Kinabalu bantu pendaki terkandas
Sebuah pesawat Eurocopter EC725 diterbangkan ke kawasan Laban Rata di Gunung Kinabalu untuk membantu usaha menyelamatkan pendaki yang terkandas susulan gempa bumi.
KDN kemuka tempoh lanjutan pengusiran penceroboh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada Wisma Putra mengenai permohonan kerajaan Filipina yang meminta lanjutan tempoh pengusiran.