awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar fail saman RM100 juta terhadap Utusan, TV3

Bernama
Bernama
08/03/2013
10:36 MYT
Anwar fail saman RM100 juta terhadap Utusan, TV3
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfail saman fitnah menuntut RM100 juta terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Bhd, Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3), serta tiga defendan lain berhubung berita yang mengaitkan beliau dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.
Beliau memfail saman itu melalui pejabat peguam Tetuan Daim & Gammy di kaunter pendaftaran Mahkamah Sivil kira-kira pukul 10.30 pagi.
Anwar, 66, menamakan Utusan dan pengarangnya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan pertama dan kedua, diikuti oleh TV3 dan pengarang urusan kumpulan Datuk Shahruddin Abdul Latif sebagai defendan ketiga dan keempat.
Pengarang berita Buletin Utama, Ing Boon Seng dinamakan sebagai defendan terakhir.
Plaintif juga memohon injunksi untuk menghalang defendan-defendan daripada menerbitkan atau menyiarkan mana-mana perkataan fitnah terhadap beliau.
Topic Berkaitan
#Anwar
#tv3
#utusan malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan