Astro AWANI mengorak selangkah ke hadapan dengan melancarkan satu aplikasi untuk pengguna telefon pintar iOS dan Android.

Menerusi aplikasi tersebut, pengguna boleh melayari berita utama terkini yang dipaparkan di laman sesawang rasmi di www.astroawani.com dan pengguna boleh memilih penggunaan Bahasa Malaysia atau pun Bahasa Inggeris.

Aplikasi iPhone Astro AWANI

Menjelang PRU-13 yang bakal berlangsung 5 Mei ini, aplikasi ini menyediakan paparan berita terkini berkenaan PRU-13 dan boleh ditonton secara penstiman video sepanjang masa setiap hari.

Selain berita nasional yang kini memfokuskan kepada Pilihan Raya Umum ke 13, berita hiburan, bisnes, sukan dan dunia turut dipaparkan.

Aplikasi iPhone Astro AWANI

Pengguna juga boleh menonton saluran Astro AWANI secara langsung secara penstriman video. Turut ditawarkan adalah galeri foto yang dirakamkan dari seluruh dunia dan galeri video yang memaparkan sedutan-sedutan berita dan program majalah yang telah disiarkan.

Kualiti video yang dipersembahkan akan disesuaikan berpandukan saiz jalur lebar untuk kepuasan tontonan anda.

Aplikasi iPhone Astro AWANI

Video, analisis dan program-program khas PRU-13 turut ditawarkan, selain ramalan cuaca di Malaysia dan di seluruh dunia.

Bagi menggalakkan “citizen journalism”, segmen U Wartawan membolehkan pengguna aplikasi ini berkongsi pandangan, foto dan video mereka di seluruh dunia kepada kami.

Muat turun aplikasi Astro AWANI di App Store: https://itunes.apple.com/us/app/astroawani/id640446711?l=fr&ls=1&mt=8 atau muat turun aplikasi Astro AWANI di Google Play: https://play.google.com/store/apps/

Ditawarkan menerusi App Store untuk pengguna iPhone, iPad dan iPad Mini.

Aplikasi ini ditawarkan kepada pengguna Android versi 2.2 dan ke atas.