ELECTIONS
Gandingan muka lama & baru PKR di Selangor

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan muka lama sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk pertandingan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Disamping itu juga, beberapa calon baru turut disenaraikan bertanding.
Kebanyakan kawasan Parlimen dan DUN yang dimenangi oleh PKR pada PRU 2008 lalu telah pun diisi kecuali DUN Kota Damansara yang masih lagi dalam perbincangan dengan Parti Sosialis Malaysia yang dikatakan akan terus mempertahankan kawasan tersebut menggunakan lambang parti sendiri.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan nama-nama calon PKR yang akan bertanding untuk DUN Selangor pada PRU13 nanti menyatakan pemilihan dibuat berdasarkan ‘track record’ dan sumbangan yang telah disumbangkan oleh bekas penyandang kawasan-kawasan tersebut.
“Mereka dipilih kerana rakyat percayakan mereka dan mahukan mereka kembali menerajui kawasan tersebut sekali lagi” kata Anwar Ibrahim.
Seperti yang dijangka, Timbalan Presiden PKR yang juga penyandang Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akan bertanding mempertahankan kawasan yang dimenangi beliau pada tahun 2008 lalu.
Berikut adalah senarai calon-calon PKR untuk PRU13 bagi Parlimen dan DUN negeri Selangor.
Nik Nazmi Nik Ahmad, DUN Seri Setia.
Borhan Aman Shah, DUN Dengkil.
Lee Chin Cheh, Kajang (Calon baru)
Suhaimi Shafiei, DUN Seri Muda.
Dr Xavier Jayakumar, DUN Seri Andalas.
Dr Daroyah Alwi, DUN Sementa. (Calon baru)
Rodziah Ismail, DUN Batu Tiga.
Dr Yaakop Sapari, DUN Kota Anggerik,.
Elizabeth Wong, DUN Bukit Lanjan.
Haniza Talha, DUN Taman Medan.
Hamidi A Hassan, DUN Semenyih.
Amir Shaari, DUN Batu Caves,.
Gan Pei Nei, DUN Rawang,.
Tengku Marziah Tengku Sulaiman, DUN Kuang.
Ramachandran, DUN Batang Kali,.
Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad, DUN Ijok
S. Manickavasagam, DUN Bukit Malawati.
Yahya Sahari, DUN Permatang.
Mohamed Azmin Ali, DUN Bukit Antarabangsa.
Tan Sri Khalid Ibrahim, DUN Pelabuhan Klang.
Pengerusi KEADILAN Selangor, Mohamed Azmin Ali, Parlimen Gombak.
G. Manivanam, Parlimen Kapar. (Wakil baru)
Abdullah Sani, Parlimen Kuala Langat.
R.Sivarasa, Parlimen Subang.
Hee Loy Sian, Parlimen Petaling Jaya Selatan.
Wong Chen, Parlimen Kelana Jaya.
Pengarah Strategi, Rafizi Ramli, Parlimen Pandan.
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin, Parlimen Ampang.
William Leong, Parlimen Selayang, William Leong.
Dr Aziz Bari, Parlimen Sabak Bernam.
Khalid Jaafar, Parlimen Hulu Selangor.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami