Kalau disebut saja nama Teluk Kemang, ramai akan terbayangkan keindahan pantainya yang menarik perhatian setiap pengunjung. Setiap hujung minggu dan cuti sekolah, pantai Teluk Kemang akan menjadi tumpuan pelancong tidak kira dari dalam atau luar negara.
Pada musim pilihan raya umum kali ini, Teluk Kemang turut menjadi perhatian kerana ia merupakan salah satu kerusi parlimen di Negeri Sembilan.
Biarpun sudah dikenali dengan keindahan pantainya, penduduk di Teluk Kemang merasakan masih ada pembaharuan yang perlu dilakukan. Antaranya kegiatan sukan air yang dirasakan mampu menarik perhatian lebih ramai pelancong sesuai dengan tarikan pantainya.
Bagi Harun Mat, 55, sukan air akan menarik lebih ramai pelancong ke Port Dickson dan tidak hanya menjadi tumpuan pada hari minggu dan cuti sekolah.
“Untuk merancakkan lagi kehadiran pelancong dalam dan luar negara perlu diadakan sukan air kerana ia mampu tarik pelancong.
“Kalau ada sukan air, pelancong datang setiap masa ke sini bukan lagi pada hari minggu dan cuti sekolah saja,” katanya.
Selain itu, penduduk di Teluk Kemang juga berharap agar ada usaha untuk menaikkan taraf kemudahan awam, sesuai dengan lokasinya sebagai tempat pelancongan. Bagi mereka jika kemudahan awam tidak setaraf dengan status pusat pelancongan ia akan boleh menyebabkan kehadiran pelancong berkurangan.
“Kemudahan awam perlu ditingkatkan kerana ini kawasan pelancongan, jadi kalau ia (kemudahan awam) tak bagus, pelancong pun tak mahu datang,” kata Mohd Sadiki Abdul Wahid, 52, yang juga pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.
Bagi rakannya, Zulkifli Ismail, 48, jalan raya dari pekan Port Dickson ke kawasan pantai perlu diperbesarkan kerana sering mengalami kesesakan lalulintas terutama pada hari minggu. Selain itu, tempat meletak kereta juga perlu ditambah untuk kemudahan pengunjung.
“Bagi saya yang penting sekali di Port Dickson ini ialah masalah jalanraya yang sempit. Pihak berkenaan perlu besarkan jalan raya dari pekan Port Dickson ke pantai kerana sering sesak,” katanya.
Bagi golongan muda pula mereka mahukan supaya lebih banyak pusat rekreasi dibina untuk memastikan masa terluang dapat digunakan dengan sebaik mungkin. “Bagi sayalah di Port Dickson ini perlu ada lebih banyak pusat rekreasi untuk mengelakkan budak-budak muda melakukan perkara tidak berfaedah,” kata Nazarudin Mohd Yusuf, 38, yang merupakan pengundi di DUN Port Dickson.
Teluk Kemang mempunyai lebih 70 ribu pengundi dan merupakan kawasan yang mempunyai pengundi pos kedua terbesar. Ada lima kawasan DUN dalam parlimen ini iaitu N.29 Chuah, N.30 Lukut, N.31 Bagan Pinang, N.32 Linggi dan N.33 Port Dickson.
Pada Pilihan Raya Umum kali ini, tiga calon akan bertanding merebut kerusi P.132 Teluk Kemang. Penyandang kerusi parlimen Teluk Kemang dari Parti Keadilan Rakyat, Datuk Kamarul Baharin Abbas akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk V. S Mogan dan calon Bebas, Datuk Seri Kamaruddin Kumaravel Abdullah. Pada pilihan raya umum 2008, Kamarul Baharin mengalahkan calon BN, Datuk S. Sothinathan dan calon Bebas, Moud Rashid dengan majority 2,804 undi.
Irwan Muhammad Zain
Mon Apr 22 2013
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kertas siasatan 10 individu berkait lelaki Israel dirujuk AGC minggu ini - KP KL
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).