Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengingatkan parti politik agar tidak menampal poster, bendera atau kain rentang berdekatan laluan KTM Komuter di Lembah Klang dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Kuala Lumpur-Ipoh.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata larangan pemasangan terutama pada pagar dan jejantas yang melintasi landasan adalah bagi mengelak risiko kemalangan akibat renjatan kuasa elektrik 25,000 volt yang boleh membawa maut serta gangguan terhadap perkhidmatan komuter dan ETS.

Ia berkata keadaan akan menjadi lebih berbahaya apabila kain rentang terjatuh pada kabel elektrik sama ada disebabkan hujan atau angin kuat.