awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Rembo Melaka' mohon maaf, kes saman fitnah Mohd Na'im selesai
Sukan Olimpik Musim Sejuk Milan–Cortina bermula dengan upacara pembukaan penuh warna
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nik Aziz diminta tarik balik kenyataan solat orang UMNO

Bernama
Bernama
06/04/2013
11:07 MYT
Nik Aziz diminta tarik balik kenyataan solat orang UMNO
Ketua Umno Bahagian Kota Baharu Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataannya bahawa solat orang Umno tidak mendapat pahala supaya ia tidak mengelirukan umat Islam.
Beliau menyifatkan kenyataan tersebut seperti orang tidak berilmu dan boleh membawa kehancuran dalam kalangan orang Islam.
"Ingat dan sedarlah sebagai pemimpin yang berjawatan tinggi di Kelantan, jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana ramai yang mendengar dan memerhati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Baharu di sini, hari ini.
Mohamad Fatmi berkata 'fatwa' Mursyidul Am PAS itu seolah-olah melihat orang Umno terlalu jahil dalam bidang agama sedangkan institusi-intitusi pendidikan Islam yang tertubuh pada hari ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional.
"Kalau dahulu ada guru pengajian Islam sahaja tetapi demi mempertingkatkan pengetahuan Islam di kalangan pelajar di sekolah rendah maka kita wujudkan jawatan guru j-Qaf dan guru Kafa ini," katanya.
Mohamad Fatmi turut menasihatkan pemimpin PAS itu supaya tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyatan yang boleh mendatangkan kemarahan dalam kalangan masyarakat.
"Saya harap tiada lagi kenyataan-kenyataan pelik dan boleh menaikkan kebencian sesama Islam," katanya.
Pada 4 April lalu, Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, terus mencetuskan kontroversi dengan mendakwa solat orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam.
Kira-kira 400 guru pendidikan Islam, guru j-Qaf dan guru Kafa hadir dalam program Tautan Mahabbah Guru-Guru Pendidikan Islam, j-Qaf dan Guru Kafa Parlimen Kota Baharu.
Topic Berkaitan
#BN
#Kelantan
#Nik Aziz
#PAS
#PRU-13
#PRU13
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan