awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pak Lah: Pembangkang tidak pertahan kerusi kerana takut ditolak

Bernama
Bernama
05/04/2013
23:22 MYT
Pak Lah:  Pembangkang tidak pertahan kerusi kerana takut ditolak
Tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk penasihat DAP Lim Kit Siang untuk tidak mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 kerana bimbang ditolak oleh pengundi di kawasan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata kecenderungan para pemimpin pembangkang melompat kerusi menunjukkan mereka gagal memberi khidmat kepada pengundi dan membawa pembangunan di kawasan yang diwakili mereka.
"Seandainya mereka ini aktif di kawasan seperti wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sudah pasti akan terus pertahankan kerusi yang ada," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Program Baiki Rumah oleh Giat Mara di Pokok Jenerih, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Kit Siang, yang sebelum ini menyandang kerusi Parlimen Ipoh Timur, di Perak, mahu bertanding di Parlimen Gelang Patah di Johor.
Abdullah, yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas, berkata rakyat perlu sedar tentang perkara itu dan membuat keputusan yang sewajarnya kerana pasti ada sebab mengapa pemimpin pembangkang enggan mempertahankan kerusi mereka.
Beliau meminta rakyat terus memberi mandat kepada kerajaan BN kerana terbukti mereka menjaga kebajikan rakyat menerusi pelbagai program transformasi.
Topic Berkaitan
#election
#Election Commission
#GE-13
#GE13
#PRU-13
#PRU13
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan