awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM

Bernama
Bernama
30/03/2013
12:36 MYT
Pembangkang angkuh tolak peluang ke udara di RTM
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pakatan pembangkang angkuh apabila menolak tawaran kerajaan untuk mereka membentang manifesto pilihan raya umum di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Sikap angkuh pembangkang itu sudah terdaftar dalam pemikiran rakyat Malaysia. Biasanya apabila orang berbudi kita berbahasa, tetapi bagi pembangkang, mereka berkata kami tidak mahu, kami tolak, alasan-alasan yang diberi tidak cukup," katanya.
Rais berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Warga Kerja Pos Malaysia Berhad bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Pada 22 Mac lepas, beliau menawarkan semua parti politik membentang manifesto masing-masing bagi pilihan raya umum ke-13 menerusi RTM selama 10 minit.
Bagaimanapun, pada 25 Mac lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menolak tawaran itu dan Parti Keadilan Rakyat serta PAS dilapor turut mengambil tindakan sama.
"Seharusnya mereka ambil ini sebagai satu peluang keemasan tetapi oleh kerana keangkuhan mereka, mereka tidak mahu menerimanya," katanya. Rais yakin rakyat akan menterjemah tindakan pembangkang itu dalam pilihan raya umum nanti.
Ketika diminta mengulas hasrat Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ingin bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Johor Jaya pula selepas mengesahkan bertanding di Parlimen Gelang Patah, beliau berkata perkara itu boleh diibarat sebagai 'dapat betis hendak peha, dapat peha hendak badan'.
Katanya, rakyat harus menolak seseorang yang begitu rakus untuk mendapatkan telapak politik dan juga penempatan kuasa tanpa mengira kesederhanaan dan keluhuran rakyat.
Mengulas prestasi Pos Malaysia, Rais berkata jualan syarikat itu meningkat dari RM1.1 bilion pada 2011 kepada RM1.5 bilion tahun lepas.
Beliau berharap perkhidmatan Pos Malaysia di Sabah dan Sarawak akan terus dipertingkat dari segi bekalan, komuniti dan kemudahan pos bergerak.
Katanya, pertambahan wakil pos di kedua-dua negeri sejak tiga tahun lepas menyumbang kepada peningkatan standard penghantaran.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Rais Yatim
#Manifesto
#pilihan raya
#PRU13
#RTM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan