Semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan Pengundi Tidak Hadir (PTH) yang telah mendaftar menjadi pengundi pos akan mengundi di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara pada 28 April ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata SPR menetapkan untuk membuat penyerahan dan penerimaan balik Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi pos 28 April (Ahad) pada 9 pagi hingga 8 malam di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia.
Katanya manakala bagi Pejabat Perwakilan Malaysia yang lain, pada tarikh yang sama tetapi tempohnya lebih singkat iaitu 9 pagi hingga 6 petang.
"Pejabat Perwakilan Malaysia di London, United Kingdom dan Melbourne, Australia dilanjutkan selama 2 jam berbanding Pejabat Perwakilan yang lain disebabkan ia mempunyai jumlah pengundi pos melebihi 1,000 orang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kamaruddin berkata semua warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara dan PTH perlu hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia dengan menunjukkan kad pengenalan atau pasport antarabangsa kepada petugas SPR di Pejabat Perwakilan yang berkenaan.
Beliau menegaskan Sampul Keutamaan tidak akan diserahkan kepada mereka yang tidak membawa dokumen pengenalan diri dan wakil atau saudara juga tidak dibenarkan mengambil Sampul Keutamaan bagi pihak individu yang lain.
Beliau berkata kertas undi yang telah ditanda perlu dimasukkan ke dalam Karung Khas SPR yang disediakan di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
"Sampul yang mengandungi kertas undi pos di dalam Karung Khas SPR akan dibawa pulang ke Malaysia pada hari yang sama untuk diserahkan kepada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing," katanya.
Namun demikian, Kamaruddin berkata mereka yang mengambil Sampul Keutamaan selepas hari penyerahan atau mengembalikannya selepas tarikh dan masa yang ditetapkan, mereka dikehendaki menguruskan sendiri urusan penghantaran balik ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya yang berkaitan dan dengan perbelanjaan sendiri.
Sehingga kini, beliau berkata semua Borang 1B telah dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya masing-masing (Parlimen) untuk tujuan kelulusan Pegawai Pengurus.
Bernama
Mon Apr 15 2013
Ping pong B-19, B-15 lelaki cipta sejarah ungguli Kejohanan Remaja SEA 2024
Pada aksi final yang berlangsung di Arena Tan Sri Hamzah itu, menyaksikan skuad negara menewaskan Vietnam 3-0.
AWANI Ringkas: Tiga kereta, lima motosikal dihempap pokok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [13/05/2024] – Kereta, motosikal dihempap pokok | Lindungi industri pelancongan tempatan | Hati-hati iklan haji palsu | Rai jaringan gaya Faisal Halim
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kejadian pokok tumbang dipukul ribut menjadi-jadi, apa tindakan pihak berkuasa?
- Apa status wakil rakyat Bersatu sokong PM? Kekal atau kosong kerusi?
- Liga baru bermula, tapi JDT terus kuasai Asia Tenggara
- Serangan Zionis di Gaza keterlaluan, tegas Setiausaha Negara Amerika
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kejadian pokok tumbang dipukul ribut menjadi-jadi, apa tindakan pihak berkuasa?
- Apa status wakil rakyat Bersatu sokong PM? Kekal atau kosong kerusi?
- Liga baru bermula, tapi JDT terus kuasai Asia Tenggara
- Serangan Zionis di Gaza keterlaluan, tegas Setiausaha Negara Amerika
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
MAHB lantik Nungsari sebagai pengerusi, Zainun sebagai pengarah
Dalam kenyataan hari ini, MAHB berkata Nungsari mempunyai pengalaman luas dalam industri penerbangan.
JKDM patahkan cubaan seludup keluar diesel lebih RM4,000 ke negara jiran
JKDM Perlis berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2,001 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM4,302.15 ke negara jiran dalam tiga rampasan berasingan pada 24 April lepas.
Pertemuan penuh makna ibu bapa-anak di Madinah
Seorang anak yang bersyukur dapat bertemu ibu bapanya, jemaah haji Malaysia bagi musim tahun ini menganggap pertemuan mereka di Madinah sebagai sesuatu yang penuh bermakna apabila setahun tidak berjumpa di Malaysia.
Pasaran getah tempatan ditutup tinggi
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk SMR 20 fizikal sebanyak 770 sen sekilogram manakala susu getah pukal sebanyak 726 sen sekilogram.
Kejadian kepala air di Lata Iskandar disebabkan hujan lebat
Kejadian kepala air yang berlaku di air terjun Lata Iskandar berpunca daripada hujan lebat.
Seorang lagi ditahan disyaki terlibat baling bom petrol ke pusat hiburan
Polis menahan seorang lagi lelaki tempatan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes pusat hiburan terbakar akibat dibaling bom petrol awal pagi Khamis lepas.
PM Singapura Lee Hsien Loong serah surat peletakan jawatan
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Isnin telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Tharman Shanmugaratnam.
Pengundi pos luar negara undi pada 28 April
Semua warganegara Malaysia yang telah mendaftar menjadi pengundi pos akan mengundi di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara pada 28 April.