Masalah bekalan air di Saratok akan selesai dengan peruntukan 8.8 juta ringgit bagi naik taraf sistem perpaipan di kawasan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk penggantian paip-paip lama yang rosak.

Ujarnya, peruntukan itu menjamin penduduk mendapat bekalan air bersih berpanjangan yang diperlukan penduduk sejak sekian lama.

''Ini sebahagian akujanji untuk menyelesaikan masalah air Saratok,'' ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa bersarapan pagi bersama masyarakat Saratok selepas dimaklumkan masalah itu oleh pemimpin setempat.

Sebelum ini,lebih 10,000 penduduk di kawasan Saratok, Awik dan Krian mengeluh kerana kesukaran mendapat bekalan air bersih di kawasan mereka.

Lebih 8,000 penduduk setempat bersama meraikan kehadiran Najib di kawasan mereka.

Terdahulu dalam ucapannya Najib mengumumkan penambahan sumbangan sekali ganda elaun kepada badan kebajikan khas Saratok

Ia susulan pengumuman sumbangan elaun wakil rakyat calon Barisan Nasional (BN) Saratok Tan Sri William Mawan Ikom sekiranya menang di kerusi itu.

Kerusi P205 Saratok menampilkan pertandingan tiga penjuru antara Mawan dengan calon PKR, Ali Anak Biju dan Bebas, Datuk Rosli Lek.