awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syed Hamid Albar umum tidak bertanding PRU13

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2013
09:38 MYT
Syed Hamid Albar umum tidak bertanding PRU13
Penyandang kerusi Parlimen Kota Tinggi Tan Sri Syed Hamid Albar mengumumkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).
Selain menganggap kerjanya sudah selesai beliau yang juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata tiba masanya untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada muka baharu.
Syed Hamid dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan itu telah lama dibuat tetapi tidak diumumkan.
Katanya, beliau mahu memastikan semua perkara dalam keadaan teratur sebelum membuat sebarang pengumuman.
Syed Hamid berkata beliau amat bersyukur kerana dapat berkhidmat di bawah tiga perdana menteri serta menjadi anggota Parlimen selama lima penggal.
Beliau juga berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan masyarakat terutama pengundi di kawasannya.
Harapannya ialah pengundi di Kota Tinggi akan memberi sokongan padu kepada siapa jua calon yang dipilih pucuk pimpinan Barisan Nasional.
Pada PRU 2008 Syed Hamid menewaskan Onn Jaafar daripada Pas dengan majoriti 18,961 undi.
Topic Berkaitan
#Kota Tinggi
#Parlimen
#PRU13
#Tan Sri Syed Hamid Albar
#tidak bertanding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan