Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan menghadap Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada esok berhubung urusan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.
Selepas itu barulah beliau akan menghadap Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di sini bagi memohon perkenan untuk membubarkan DUN.
"Esok lah nak pergi (Istana Negara). Bagi negeri ini kita kena maklum (Sultan Kedah) dulu. Kita tengok tarikh Tuanku dulu, tertakluk kepada Istana Negara...balik (dari Istana Negara) baru maklum kepada pemangku jemaah untuk beri perkenan untuk bubar.
"Bagaimanapun kita tidak ada pilihan (kena bubar), masa dah sampai, kita pun dah tunggu lama dah," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun tarikh pembubaran DUN negeri ini berbeza dengan Dewan Rakyat, ia tidak bermakna tarikh pilihan raya umum akan berbeza.
Pembubaran DUN adalah bagi membolehkan pilihan raya diadakan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan.
Mengikut Perkara 53(3) Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah, Dewan Undangan Negeri melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, hendaklah berjalan terus selama lima tahun daripada tarikh mesyuarat pertama dan hendaklah termasuk di hujung tempoh.
Mandat kerajaan negeri semasa akan berakhir pada 5 Mei 2013.
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Isa Ismail berkata beliau perlu menunggu watikah pembubaran DUN selepas Menteri Besar menghadap Sultan Kedah untuk mendapat perkenan baginda sebelum boleh memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Kedah.
Katanya dalam keadaan sekarang negeri-negeri yang diperintah pakatan pembangkang wajar membubarkan DUN masing-masing serentak dengan pembubaran Dewan Rakyat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 berlangsung serentak.
Beliau berkata sepatutnya tidak timbul persoalan ketua-ketua kerajaan negeri yang dikuasai pakatan pembangkang membubarkan DUN pada tarikh berbeza.
"Masa akhir DUN negeri-negeri perlu dibubarkan tidak banyak beza. Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai pembubaran itu hari ini," katanya kepada Bernama semasa dihubungi.
Pada PRU-12, pakatan pembangkang menguasai 21 kerusi iaitu PAS sebanyak 16 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) (4) dan DAP (1) manakala Barisan Nasional (BN) mendapat 14 kerusi dengan Umno (12), MCA (1) dan Gerakan (1).
Satu lagi kerusi iaitu Bukit Selambau dimenangi calon Bebas V. Arumugam, yang kemudiannya menyertai PKR. Arumugam kemudian meletakkan jawatan dan Pilihan Raya Kecil bagi DUN itu dimenangi S. Manikumar daripada PKR.
Bagaimanapun, dua Adun PKR iaitu Tan Wei Su (Bakar Arang) dan Mohammad Radzhi Salleh (Lunas) keluar daripada parti itu untuk menjadi Adun Bebas.
Bagi kawasan Parlimen, BN menguasai empat kawasan manakala 11 lagi oleh pakatan pembangkang iaitu PAS enam kawasan dan PKR lima kawasan.
Bagaimanapun dua Anggota Parlimen PKR kemudian menjadi wakil rakyat Bebas iaitu Datuk Zulkifli Nordin (Kulim/Bandar Baharu) dan N. Gobalakrishnan (Padang Serai).
Bernama
Wed Apr 03 2013
Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa
Semua penjawat awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuk pegawai masjid dan surau, guru serta Penolong Pendaftar Perkahwinan diingatkan supaya mematuhi ketetapan dan arahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik.
Gen Z, milenial sanggup berbelanja untuk produk mampan - Tinjauan EY
Sebanyak 81 peratus daripada pengguna tenaga di Malaysia yakin mereka melaksanakan tanggungjawab untuk menggalakkan kemampanan.
Universiti Columbia ancam buang pelajar rampas bilik kuliah
Universiti Columbia ancam untuk membuang pelajar yang merampas dan menduduki bangunan bilik kuliah ketika pertikaian antara pengurusan universiti dan aktivis pro-Palestin di kampus Manhattan semakin sengit.
Tidak sepatutnya persoal pendidikan calon PH - Nik Nazmi
Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memperkasakan sekolah kebangsaan (SK), namun pilihan aliran pendidikan untuk anak-anak merupakan hak ibu bapa.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
Justeru, katanya, tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas yang juga Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mencabar calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao menyatakan latar belakang pendidikan rendah dan menengahnya tidak sepatutnya berlaku.
World Central Kitchen (WCK) kembali operasi di Gaza
World Central Kitchen (WCK) atau Dapur Pusat Dunia pada Selasa memaparkan beberapa gambar yang menunjukkan beberapa kakitangan dan sukarelawan bekerja di Gaza.
Trak bawa tahanan, mayat ke Gaza bertindak sekat bantuan
Trak yang membawa kedua-dua mayat dan tahanan dari Israel kembali ke Gaza melalui persimpangan utama Kerem Shalom kerap menahan penghantaran bantuan.
PBB gesa Israel buka dua lintasan ke utara Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sahkan terdapat kemajuan tambahan ke arah mengelak kebuluran di utara Semenanjung Gaza, tetapi banyak lagi yang perlu dilakukan segera.
Undi calon berdasarkan rekod, bukan emosi - Azalina
Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dinasihatkan supaya tidak mengikut emosi ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 11 Mei ini.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sebaliknya, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya Lee Kee Hiong yang telah melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.
Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sebaliknya, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya Lee Kee Hiong yang telah melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik.
Anthony Blinken akan terus desak Netanyahu
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken akan terus mendesak Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengenai beberapa langkah yang masih diperlukan Israel untuk meningkatkan aliran bantuan ke Gaza.
Mesir-Perancis sekali lagi bincang gencatan senjata
Tumpuan dunia kita sekali lagi terarah kepada usaha gencatan senjata di palestin oleh Mesir dan Gaza.
Kali ini, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry dan rakan sejawatnya dari Perancis Stephane Segournet, sepakat untuk menangani perkara penting itu bagi meredakan konflik di Timur Tengah yang semakin memuncak.
Kali ini, Menteri Luar Mesir Sameh Shoukry dan rakan sejawatnya dari Perancis Stephane Segournet, sepakat untuk menangani perkara penting itu bagi meredakan konflik di Timur Tengah yang semakin memuncak.
Tiada keperluan mendesak bina LRT di Langkawi - Mahfuz
Tiada keperluan mendesak untuk membina Transit Aliran Ringan (LRT) di Langkawi dan kerajaan Kedah sepatutnya memberi keutamaan kepada isu rakyat yang lain.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Bomba Kedah kenal pasti 10 lokasi panas kes lemas
Ia membabitkan tiga kawasan pantai dan tujuh kawasan sungai dan air terjun yang sering menjadi tumpuan ramai terutama pada musim perayaan.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
Kedah, KL City nampak bersungguh-sungguh selesai isu tunggakan gaji - MFL
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak menafikan keperluan Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City untuk terus berada dalam saingan Liga Super 2024-25.
Kedah semak semula hierarki Mahkamah Syariah
Kerajaan Kedah akan menyemak semula sistem hierarki Mahkamah Syariah di negeri ini daripada tiga peringkat hierarki kepada empat peringkat.
Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.
Cuaca panas: Enam daerah di Kedah pada tahap berjaga-jaga
Enam daerah di Kedah berada dalam tahap satu iaitu berjaga-jaga menerusi status cuaca panas setakat jam 4.30 petang pada Ahad.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Beliau berkata kerajaan negeri Kedah telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke China.