Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng yang sebelum ini terseret dalam kontroversi perebutan kerusi dengan DAP untuk kawasan Parlimen Gelang Patah diumumkan bakal mewakili parti itu bertanding kerusi Parlimen Segamat.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramah siri Jelajah Merdeka Rakyat di Tangkak, Johor, malam tadi.
Ia sekaligus mengesahkan PKR dan DAP bertukar kerusi antara Segamat dan Gelang Patah dalam pilihan raya umum kali ini.
Jui Meng sebelum ini dikatakan 'merajuk' selepas Anwar mengumumkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.
Bekas Naib Presiden MCA itu tidak hadir pada majlis pengumuman pencalonan Kit Siang yang dibuat sempena majlis makan malam sambutan ulang tahun ke-47 tahun DAP di Johor Bahru pada 18 Mac lalu.
Selepas 'menghilang diri' selama dua minggu, Jui Meng mengadakan sidang media pada Jumaat lalu untuk menyatakan sokongan kepada Kit Siang.
Calon DAP yang bertanding di Segamat pada 2008, Pang Hok Liong bagaimanapun sebelum ini dilaporkan oleh media mahu bertanding sebagai calon bebas sekiranya kerusi itu diserahkan kepada Jui Meng.
Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan Naib Pengerusi PKR Johor, Hassan Karim sebagai calon kerusi Parlimen Ledang.
Hassan adalah bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang letak jawatan dan menyertai PKR selepas usulnya agar PRM memohon untuk menyertai PakatanRakyat ditolak oleh kongres parti itu pada hujung 2009.
Hassan juga adalah antara orang yang bertanggungjawab menghidupkan PRM selepas presidennya sebelum itu, Dr. Syed Husin Ali serta pengikutnya memutuskan untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional — gabungan yang kemudian membentuk PKR.
Pengumuman Anwar di Tangkak malam tadi sekaligus menamatkan tanda tanya mengenai kedudukan kerusi-kerusi yang akan ditandingi oleh PKR selepas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandinginya pada pilihan raya umum 2008 diambil alih oleh DAP.
Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan beberapa lagi calon PKR bagi kerusi-kerusi Parlimen di Johor iaitu Onn Abu Bakar (Sembrong), Dr. Ahmad Faidi (Pasir Gudang), Khuzzan Abu Bakar (Sri Gading) dan Julailey Jemadi (Sekijang).
Calon-calon lain PKR yang diumumkan sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen ialah bekas Panglima Tentera Darat Jen. (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein (Johor Bahru), Steven Choong (Tebrau), Nor Hizwan Ahmad (Muar) dan Datuk Idris Jauzi (Batu Pahat).
Sebelum majlis di Tangkak, Anwar mengadakan ceramah di Bukit Piatu, Melaka dan mengumumkan Ketua Cabang PKR Tangga Batu, Rahim Ali sebagai calon parti itu untuk kerusi Parlimen Tangga Batu. Rahim, 67, merupakan bekas pensyarah dan pengetua.
Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd. Akin pula bakal bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil.
Astro Awani
Mon Apr 08 2013
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.