Seramai 13 daripada 27 orang ketua kampung di Labuan yang mewakili parti Pakatan Harapan (PH) pada Ahad meletak jawatan dengan serta-merta dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Daripada 13 ketua kampung itu, lima daripada parti Parti Amanah Negara (Amanah), lima daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tiga daripada Warisan.
Peletakan jawatan mereka adalah susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Feb lalu sebaik Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan dan susulan peralihan kuasa daripada PH ke Perikatan Nasional yang dijangka membentuk Kabinet pada Selasa depan.
Yang meletak jawatan adalah ketua kampung Kg Bukit Kalam, Kg Bebuloh, Sg Lada, Sg Miri, Sg Labu, Lajau, Kg Sg Bangat, Patau-Patau 2, Pohon Batu, Bukit Kuda, Sg Buton, Sg Bedaun dan Lubok Temiang.
Ketua badan pimpinan Bersatu Labuan Datuk Suhaili Abd Rahman berkata peletakan jawatan mereka ini disifatkan sebagai keputusan yang sebaiknya dilakukan berikutan ketiga-tiga parti yang mereka wakili telah menjadi blok pembangkang.
"Ia seperti sebelum ini, semasa peralihan kuasa antara Barisan Nasional (BN) kepada PH sebaik pilihan raya ke-14, yang kesemua ketua kampung diminta untuk letak jawatan.
"Tetapi tindakan mereka hari ini, adalah mereka dahulu yang meletak jawatan sebelum diminta berbuat demikian," katanya dalam satu sidang akhbar pada Ahad.
Suhaili berkata kesemua ketua kampung yang menyertai Bersatu adalah juga atas dasar keyakinan kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Presiden Bersatu.
"Saya difahamkan akan ada lagi menyusul meletak jawatan dan menyertai Bersatu dalam masa beberapa hari," katanya.
Bagi Mat Said Harris, 59, yang merupakan Ketua Penerangan PKR Labuan berkata beliau meletakkan jawatan dan menyertai Bersatu adalah atas dasar memastikan kesinambungan perkhidmatan kepada penduduk kampung di platform yang lebih kukuh iaitu parti pemerintah kerajaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 08 2020
Suhaili (duduk, empat, kiri) bergambar bersama ketua kampung selepas sidang akhbar di Labuan, 8 Mac, 2020. --fotoBERNAMA
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
AWANI Ringkas: DVS Selangor buka kertas siasatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Tinjauan CGTN: 80 peratus responden Perancis sanjung pengaruh China
Nilai dagangan antara China dengan Perancis meningkat lebih 800 kali ganda sejak kedua-dua negara menjalin hubungan diplomatik 60 tahun lalu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.
PRK Kuala Kubu Baharu: Amanah rangka strategi tarik undi Melayu
Dr Dzulkefly berkata perkara itu mampu dicapai melalui kerjasama dan gerak kerja tersusun jentera-jentera komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan.
Amanah harap dapat kerusi PRN Sabah - Mat Sabu
Datuk Seri Mohamad Sabu berharap partinya itu berpeluang untuk mendapat kerusi untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Amanah lantik 12 ketua AWAN negeri, gandingan penyandang, tokoh baharu
Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini mengumumkan pelantikan 12 Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu.
Keputusan kes Nik Elin tak hakis kuasa mahkamah syariah - Amanah
Parti Amanah Negara (Amanah) menegaskan bahawa keputusan kes Nik Elin Zurina tidak langsung merungkai atau menghakis bidang kuasa mahkamah syariah.
'Permohonan maaf Dd Chronicle diterima, tapi laporan polis tetap diteruskan'
Amanah tetap dengan tindakan tersebut walaupun menerima permohonan maaf dibuat Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Rae.
Keputusan kes Nik Elin: Amanah gesa henti sentimen politik
Amanah menggesa mana-mana pihak untuk tidak menjadikan keputusan mahkamah terhadap kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai sentimen politik.
Isteri kedua Khalid Samad meninggal dunia
Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad meninggal dunia di sini pada Isnin.
Mahfuz, Dr Hatta dilantik Naib Presiden Amanah
Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.
1,008 perwakilan Amanah undi secara e-voting
Secara keseluruhan seramai 98 calon bertanding bagi mengisi jawatan yang dipertandingkan.
Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.