awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
Malaysia berpotensi sebagai ‘orang tengah’ AS-Iran melalui jalur diplomatik - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 ADUN Perak sah sertai PBM

Sinar Harian
Sinar Harian
09/01/2022
12:27 MYT
3 ADUN Perak sah sertai PBM
Mereka ialah ADUN Buntong, A Sivasubramaniam; ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng. - Gambar/ Sinar Harian
IPOH: Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak sah menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang baharu dilancarkan pada 21 Disember 2021.
Mereka ialah ADUN Buntong, A Sivasubramaniam; ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong dan ADUN Malim Nawar, Leong Cheok Keng.
Cheok Keng yang mengesahkan perkara itu kepada Sinar Harian berkata, ketiga-tiga mereka juga berada di dalam kepimpinan tertinggi parti itu yang mengadakan Mesyuarat Khas Persidangan Agung, pada Sabtu.
Menurutnya, keputusan menyertai PBM dibuat kerana parti tersebut berbilang kaum dari kepimpinan tertinggi hinggalah kepada ahli-ahli akar umbi.
"Di sini saya umumkan secara rasmi bahawa saya merupakan ahli PBM. Dakwaan selama ini mengatakan saya menyertai MCA tidak benar sama sekali.
"Saya memilih PBM kerana parti ini benar-benar parti berbilang kaum dan bukan seperti parti-parti lain yang mendakwa berbilang kaum tetapi didominasi kaum tertentu sahaja," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.
Sementara itu, mengenai kedudukan mereka di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Cheok Keng berkata, ketiga-tiga mereka menyokong kerajaan pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Katanya, sehubungan itu, penyertaan mereka ke dalam PBM tidak akan menggugat kestabilan kerajaan negeri Perak.
Menurutnya, perkara itu selaras dengan keputusan Presiden parti, Larry Sng bahawa parti itu di peringkat Persekutuan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, surat rasmi akan dihantar kepada Speaker DUN Perak untuk memaklumkan mengenai penyertaannya ke dalam PBM dan kekal menyokong kerajaan.
Pada pemilihan parti yang berlangsung pada Sabtu, Sivasubramaniam dipilih sebagai Naib Presiden Kanan 2 manakala Paul Yong dilantik sebagai Bendahari Agung PBM.
Sivasubramaniam dan Paul Yong sebelum ini merupakan ahli bersekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#PBM
#Parti Bangsa Malaysia
#ADUN Perak
#Paul Yong Choo Kiong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan