awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini - Ahmad Maslan

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
21/11/2022
02:18 MYT
30 Ahli Parlimen BN bermesyuarat hari ini - Ahmad Maslan
AHMAD: Kita akan bermesyuarat hari ini dengan 30 ahli Parlimen BN. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pemenang 30 kerusi Parlimen dari Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan bermesyuarat hari ini.
Perkara itu didedahkan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan ketika tiba di Hotel Seri Pacific di ibu kota pada Isnin.
“Kita akan bermesyuarat hari ini dengan 30 ahli Parlimen BN,” katanya ringkas.
Bagaimanapun ketika ditanya berkenaan agenda mesyuarat, beliau tidak memberi sebarang komen berkenaan inti patinya.
Sementara itu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang ditemui di lokasi sama turut memberi bayangan berkenaan dengan pelaksanaan Akta Antilompat Parti dalam BN.
“Setiap parti ada antilompat parti, jadi kami akan membincangkan perkara itu... kena tunggu,” katanya.
Hari ini, selain di Hotel Seri Pacific, tumpuan turut terarah di Istana Negara yang bakal menyaksikan ketua-ketua parti yang meraih undi tertinggi tampil dengan senarai gabungan parti serta nama individu yang mendapat kepercayaan wakil rakyat untuk menjadi perdana menteri.
Perkara itu akan disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjelang jam 2 petang ini.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Ahmad Maslan
#Azalina Othman Said
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan