KUALA LUMPUR: Sebanyak 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian untuk terus menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu kesemua Ahli Parlimen tersenarai bersetuju agar usul percaya dibentang dan dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat, September ini.
Jelas Ahli Parlimen Bera itu lagi, sokongan dan pendirian mereka adalah selaras dengan Titah dan Perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustaffa Billah Shah.
“Kami berpandangan, perkara lain adalah perkara yang diluar perkenan Agong..seperti menghantar surat akuan bersumpah (SD), termasuk untuk melakukan tindakan yang boleh meruntuhkan kerajaan sebelum sidang Parlimen diadakan.
“Jika (kita meneruskan) tindakan merruntuhkan kerajaan, kitalah yang sebenarnya menggagalkan hasrat dan titah Agong supaya Parlimen bersidang, dan keabsahan ditentukan di dalam Parlimen,” katanya dalam sidang media khas di ibu negara, hari ini.
Dalam sidang media tersebut, sebanyak 21 Ahli Parlimen dari UMNO dan BN bersama-sama dengan Ismail Sabri, termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam), dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan (Tapah).
Selain itu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, terdapat 10 lagi Ahli Parlimen BN yang menyatakan pendirian yang sama, termasuk empat Menteri Persekutuan iaitu Khairy Jamaluddin (Rembau), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong), Datuk Seri Reezal Merican Naina (Kepala Batas), dan Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara).
Bagaimanpun beliau berkata, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Noraini Ahmad (Parit Sulong), yang juga Ketua Wanita UMNO, telah mematikan telefon, dan tidak dapat dihubungi sehingga kini.
Selain itu beliau berkata, pendirian dan sokongan Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) juga belum dapat dipastikan biarpun Shamsul telah meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli baru-baru ini.
Ini senarai penuh Ahli Parllimen UMNO, BN yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin: -
HADIR DAN SOKONG
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Bera)
Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap)
Datuk Seri Shahidan Kassim (Arau)
Datuk Hasan Arifin (Rompin)
Tan Sri Annuar Musa (Ketereh)
Datuk Seri Halimah Sadique (Kota Tinggi)
Datuk Seri Ismail Said (Kuala Krau)
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
Datuk Seri Ismail Mutallib (Maran)
Mohd Shahar Abdullah (Paya Besar)
Datuk Mastura Yazid (Kuala Kangsar)
Datuk Seri Ahmad Hamzah (Jasin)
Datuk Seri Nazri Aziz (Padang Rengas)
Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu)
Datuk Salim Sharif (Jempol)
Datuk Seri Wee Ka Siong (Ayer Hitam)
Datuk Seri M Saravanan (Tapah)
Datuk Seri Idris Jusoh (Besut)
Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (Pasir Salak)
Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar)
TIDAK HADIR DAN SOKONG
Khairy Jamaluddin (Rembau)
Datuk Seri Reezal Merican Naina (Kepala Batas)
Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara)
Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein (Sembrong)
Datuk Mohamad Alamin (Kimanis)
Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit)
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang)
Datuk Seri Wee Jeck Seng (Tanjung Piai)
Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan)
Datuk Seri Azeez Rahim (Baling)
Firdaus Azil
Fri Aug 06 2021
Menurut Ismail Sabri, sokongan dan pendirian mereka adalah selaras dengan apa Titah dan Perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Mustaffa Billah Shah. - Astro AWANI/Shahir Omar
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).