Pilihan Raya Kecil (PRK) N.24 DUN Semenyih bakal berlangsung pada 2 Mac 2019 merupakan PRK kali keenam selepas perubahan kerajaan pada 9 Mei 2018. Ia amat penting dalam melihat pengaruh dan kekuatan Pakatan Harapan (PH) selepas tewas kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRK Parlimen Cameron Highlands. Terdapat beberapa perkara yang menarik dan menjadi perhatian dalam PRK DUN Semenyih kali ini.
Pertama, calon muka baharu, khususnya calon muda menjadi tarikan utama PRK Semenyih. PH meletakkan saudara Muhammad Aiman Zainali, pemuda berusia 30 tahun dalam PRK kali ini. Begitu juga dengan saudara Nik Aziz Afiq Abdul daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berusia 25 tahun. Berbeza pula dengan BN yang masih menggunakan pendekatan sama dalam memilih calon, iaitu calon tempatan dan agak veteran dengan meletakkan saudara Zakaria Hanafi, berusia 58 tahun sebagai calon PRK DUN Semenyih. Adakah pengundi DUN Semenyih memberi peluang kepada golongan muda menerajui kepimpinan dan kebajikan mereka atau masih mempercayai pengalaman golongan veteran menghampiri 60 tahun mengisi kekosongan kerusi DUN?
Kedua, PH, khususnya PPBM bakal berhadapan dengan cabaran yang besar dengan pengundi DUN Semenyih, khususnya orang Melayu. Pengundi PRK kali ini didominasi oleh 68 peratus pengundi Melayu. Peristiwa kemasukan pemimpin UMNO dalam PPBM dan kekalahan PH di Cameron Highland akan mempengaruhi informasi pengundi Melayu terhadap PH. Ini merupakan kali pertama calon PH daripada PPBM bertanding di PRK selepas PRU14. Tentu keadaan ini menjadi tekanan hebat kepada Muhammad Aiman untuk mengekalkan kemenangan dan menambah majoriti. Pengundi Melayu DUN Semenyih bakal menentukan kekuatan PPBM dalam masyarakat Melayu pasca PRU14. Buat pertama kali, PH menubuhkan satu badan khas dalam menjawab pertuduhan negatif ke atas PH menjelang PRK DUN Semenyih. Adakah PH mampu menangani ‘dilema Melayu’ yang berterusan selepas Mei 2018?
Ketiga, kekuatan kerjasama BN-Pas juga akan teruji dalam PRK kali ini. Kemenangan calon BN di Cameron Highland memberi suntikan moral untuk meneruskan kerjasama ini dalam PRK. Kerjasama ini masih mengekalkan agenda penyatuan Melayu dan Islam. BN-Pas juga bergelut dalam mengekalkan integriti dan prinsip selepas kes dakwaan penerimaan RM90 juta masih dalam siasatan SPRM, melibatkan pimpinan PAS dan UMNO. Namun, mampukah kerjasama ini merampas kerusi DUN di bawah negeri PH, yang memberi kelebihan kepada lawan berbanding BN-PAS yang menjadi pembangkang di Selangor?
Keempat, cabaran utama PRK DUN Semenyih ini ialah politik perkauman. PRK kali ini harus keluar daripada politik ‘kurang enak’ dan membawa kepada kemudaratan untuk politik dan masyarakat Semenyih. Sentimen di Seafield yang turut menjadi propaganda politik semasa PRK Cameron Highlands seharusnya tidak berlaku di Semenyih, lebih-lebih lagi apabila siasatan kes terhadap arwah Muhammad Adib Mohd Kassim masih berjalan. Penghormatan perlu diberikan dan calon serta parti politik yang terlibat perlu berhemah dan bertanggungjawab ketika berkempen tanpa menyemarakkan politik ‘kurang enak’ dan sentiment perkauman buat semua masyarakat.
Kelima, kewujudan calon alternatif menambah pilihan lain buat pengundi DUN Semenyih. PSM menawarkan diri menjadi pembangkang yang berintegriti dan berperinsip dalam DUN Selangor untuk menyemak ketelusan pentadbiran kerajaan negeri. Penyertaan aktivis sosial, saudara Kwan Chee Heng atau dikenali sebagai ‘uncle kentang’ dalam PRK ini menambahkan lagi pilihan yang ada buat pengundi. Beliau yang dekat dengan aktiviti kebajikan masyarakat, khususnya komuniti Melayu, menawarkan diri selepas kecewa dengan keadaan parti politik PH dan BN yang tidak meyelesaikan isu rakyat. Justeru, adakah pilihan alternatif ini diberi peluang memenangi PRK DUN Semenyih atau dilupakan seperti yang terjadi kepada PRK lalu?
Tumpuan juga harus diberikan kepada usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), buat pertama kalinya, memperkenalkan kad pengundi. Pengundi DUN Semenyih bakal diberikan kad tersebut yang mengandungi maklumat PRK seperti pusat pengundian, saluran dan masa mengundi. Langkah positif ini amat baik untuk memberi maklumat kepada pengundi. Tetapi, sejauh manakah pendekatan ini dapat meningkat jumlah peratusan pengundi yang mengundi memandangkan ketiga-tiga PRK di Selangor (Sungai Kandis, Balakong, Seri Setia) mencatatkan peratusan pengundian bawah 50 peratus?
Isu pembangunan dan ekonomi juga menjadi tarikan utama PRK DUN Semenyih. Walaupun perubahan kerjaan berlaku pada 9 Mei 2018, rakyat masih merungut mengenai bebanan kos sara hidup dan kenaikkan harga barang. Perkara ini memberi cabaran keberkesanan dasar ekonomi kerajaan PH yang telah mentadbir selama 7 bulan sejak Mei 2018.
PH berhadapan cabaran yang besar dalam PRK DUN Semenyih dalam usaha mentadbir kerajaan negeri Selangor dengan mandat yang kukuh, secara tidak langsung, memberi impak kepada pengaruh PH di peringkat kerajaan persekutuan. PRK ini menjadi platform penting PH memenangi kerusi selepas tewas di Cameron Highland.
Kerjasama BN-PAS akan memperlihatkan sama ada mereka menggunakan formula yang sama untuk menang PRK atau PRU15 akan datang. Jika PRK ini dimenangi oleh calon selain PH, ia memberi satu kesan positif kepada DUN Selangor dengan memperkukuhkan semak dan imbang pembangkang ke atas kerajaan negeri. Kita melihat PRK ini dari sudut positif, demokratik dan pihak yang terlibat haruslah menjaga etika dan menjadi contoh buat rakyat.
*Fakhrurrazi Rashid adalah Kordinator Program Research For Social Advancement (REFSA)
* Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Fakhrurrazi Rashid
Sat Feb 16 2019
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan pada 2 Mac ini bakal menyasikan pertandingan empat penjuru. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik UM mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, jabatan itu menegaskan pihaknya kesal dan memandang serius terhadap perkara itu.
AWANI 7:45 [27/04/2024] - Siasatan sama ada Tun M salah guna kuasa | Jangkaan persaingan sengit | FFC umum tangguh misi | Mesyuarat khas dua hari
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
1. Mokhzani dan Mirzan nafi disiasat SPRM
2. Pertandingan empat penjuru, PRK Kuala Kubu Baharu
3. Freedom Flotilla To Gaza ditangguh, delegasi dunia pulang
4. Mesyuarat Khas WEF berlangsung di Arab Saudi, ketika suhu geopolitik semakin panas
Budak lima tahun cedera jatuh dari tingkat tiga flat
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga rumahnya di Flat Taman College Height pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Kasino di Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Gesaan dari seluruh dunia untuk satu gencatan senjata semakin meningkat dengan serangan ke atas Gaza kini memasuki bulan ketujuh.
World Economic Forum berbeza dari kelaziman
Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28 hingga 29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau timur tengah ini, bukan perakara main-main.
#AWANI745
Pemain Astro Kem Badminton 2024 berpeluang berlatih di bawah jurulatih BAM
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM).
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi perlu pilih kestabilan - Fadillah
Fadillah berkata beliau percaya pengundi di kawasan tersebut, boleh membuat keputusan terbaik untuk menentukan calon paling layak untuk mewakili mereka.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia gesa satu resolusi penyelesaian isu Palestin dapat dicapai
Malaysia antara lain mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi menghantar tentera pengaman ke Palestin.
Palestin perlukan 14 tahun untuk dibangunkan semula
Jumlah besar runtuhan akibat serangan dilakukan tentera Israel di Semenanjung Gaza mengambil tempoh sekurang-kurangnya 14 tahun untuk dibersihkan.
#AWANI745
#AWANI745
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).