POLITICS
58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil

Muhammad Faiz berkata, dalam masa sama 51 surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepada ahli yang disyaki terlibat dengan kesalahan sama.
SHAH ALAM: Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Ringkasan AI
- Sebanyak 58 ahli Parti Amanah Negara (Amanah) telah dipecat kerana menyertai pemilihan parti politik lain, manakala 51 lagi diberi surat tunjuk sebab sehingga 22 Mei 2025.
- Tindakan ini diambil berdasarkan peruntukan perlembagaan parti yang melarang ahli terlibat dengan parti politik lain, dan kegagalan menjawab surat tunjuk sebab boleh menyebabkan pemecatan.
- Amanah berharap tindakan ini menjadi peringatan kepada semua ahli agar mematuhi disiplin dan peraturan parti seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan.
"Amanah mengambil serius laporan dan aduan berhubung tindakan segelintir ahlinya yang mendaftar sebagai ahli parti politik lain serta terlibat dalam pemilihan parti politik berkenaan.
"Perlembagaan Amanah memperuntukkan bahawa tindakan tersebut boleh membawa implikasi tindakan tatatertib termasuk pemecatan keahlian.
"Bagi memastikan pelanggaran disiplin ini dapat ditangani secara teratur, harmoni dan berkesan, sebanyak dua bentuk tindakan telah dilaksanakan iaitu pemecatan keahlian serta-merta atau siasatan lanjut yang bergantung kepada keseriusan pelanggaran," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambah beliau, Amanah berharap agar tindakan yang dikenakan itu boleh menjadi peringatan tegas kepada semua ahli.
"Oleh itu, semua ahli Amanah diminta supaya mematuhi disiplin berorganisasi dengan berpandukan kepada perlembagaan dan tatacara parti," katanya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami