awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Abdul Razak tawar diri bertanding MKT UMNO

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/02/2023
06:15 MYT
Abdul Razak tawar diri bertanding MKT UMNO
Abdul Razak berkata, langkah itu dibuat sebagai usaha membantu parti memastikan UMNO terus dilihat relevan oleh masyarakat terutama kepada generasi masa depan.
MELAKA: Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan parti itu bermula bulan depan.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas berkata, langkah itu dibuat sebagai usaha membantu parti memastikan UMNO terus dilihat relevan oleh masyarakat terutama kepada generasi masa depan.
Beliau yang berusia 50 tahun itu turut mengesahkan akan mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian Kota Melaka.
“Dengan penuh keinsafan dan berbekalkan pengalaman bermula sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Bendahari Pemuda UMNO Malaysia, saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan MKT UMNO pada pemilihan parti penggal ini.
“Atas semangat untuk terus menyumbang kepada parti, saya percaya dengan pengalaman yang ada akan dapat membantu menyerlahkan lagi UMNO kepada masyarakat di negara ini, sekali gus mahu memperkukuh parti keramat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
UMNO akan mengadakan pemilihan parti bermula pada 1 Februari hingga 18 Mac depan di semua peringkat bagi mematuhi pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, pemilihan itu akan melibatkan sebanyak 22,000 cawangan serta 191 bahagian UMNO di seluruh negara termasuk bahagian yang digantung.
Topic Berkaitan
#Abdul Razak Abdul Rahman
#Ahli Majlis Kerja Tertinggi
#UMNO
#pemilihan parti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan